Insan & Komuniti 02 Oct, 2020

Tahniah Fattah-Faz! Selamat sambut kelahiran Puteri Jumaat!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

PASANGAN selebriti yang baharu sahaja menghasilkan lagu 'single' masing-masing, Fattah Amin dan Fazura kini berkongsi saat kegembiraan pada hari Jumaat, penghulu segala hari, dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka, seorang bayi perempuan. Tahniah dengan ketibaan puteri Jumaat ini. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Fazura:

https://kitareporters.com/search?search=fazura


Khabar berita bahagia itu dikongsikan oleh Fazura melalui laman sosial Instagramnya sambil memanjatkan kesyukuran atas pengurniaan itu dengan ayat pertamanya ditulis dalam bahasa Inggeris: "Menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W  yang bermaksud, ' Bernasib baik bagi seorang wanita itu apabila anak pertamanya adalah perempuan."

Selanjutnya, Fazura yang membahasakan dirinya Faz menyambung, "Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. 



"Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," kata Fazura.

Sehubungan itu juga, Nur Fazura Sharifuddin, 36 memohon agar diberikan ruang buat mereka untuk merahsiakan nama anak dan wajah pertama hati mereka itu selepas tujuh hari.

"Kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. InshaaAllah," tulis Fazura lagi.


Sejak memuat naik berita tersebut tiga jam lalu, laman Instagram @missfazura dipenuhi ribuan komen yang rata-rata memberikan ucapan taniah. Antaranya termasuk artis popular yang baharu sahaja mendirikan mahligai bahagia, Mira Filza, Lisa Surihani, Bella Astillah, Yuna, Mimi Lana dan ramai lagi termasuk penyanyi popular dari Indonesia, Afghan yang turut menulis, 'Tidak sabar nak jumpa baby.."




Sementara itu bapa muda,  Abdul Fattah Mohd Amin, 30, meluahkan rasa bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka dalam keadaan lancar. 

"Alhamdulillah, tiada ucapan yang lebih baik dari segala puji buat Allah yang memberi rahmat dan rezeki buat kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sempurna dan cukup sifat pada hari penghulu segala hari iaitu Jumaat.

"Saya sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Kedua-dua Fazura dan anak perempuan kami berada dalam keadaan sihat," kata pelantun lagu 'Kiriman Agung' yang dicipta khas buat puteri tercintanya itu.


Pasangan ini juga berterima kasih kami kepada semua yang telah mendoakan mereka sejak awal pernikahan sehingga Fazura menjalani fasa kehamilan dan kini bergelar seorang ibu. 

"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga," ujar Fazura dan Fattah sepakat.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Universal Music, Kenny Ong, ikut teruja menyambut kehadiran cahaya mata Fazura dan Fattah.

"Saya ikut berbahagia mendapat khabar Fazura telah selamat melahirkan anak sulungnya. Saya ucapkan tahniah dan semoga menjadi ibu bapa yang terbaik buat bayi ini," kata Kenny Ong.

Terdahulu, Fattah mengumumkan Fazura hamil empat bulan sekitar April 2020 ini setelah menikah selama dua tahun. Mereka diijabkabulkan pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, yang dihadiri kaum keluarga dan teman rapat sahaja. - KitaReporters


Baru-baru ini, Fazura menerima Anugerah Platinum untuk lagu Inggerisnya, "Can't Forget Me" - sebuah lagu yang pernah ditulis bersama penerbit @willybeamanmusic dan penyanyi @cameronforbes di Los Angeles pada 2019 - yang telah mencapai 7 juta 'streaming' di seluruh dunia.

1
0
0
0
0
You will be interested