Insan & Komuniti 01 May, 2020

Jom Cakna Asnaf Ramadan ini! Sumbangan anda kami sampaikan

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

SETIAP kali menjelang Ramadan, pasukan Jom Cakna Asnaf akan dihubungi orang ramai bagi menyalurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan dengan berkonsepkan "sumbangan anda kami sampaikan". : KitaReporters

Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid (dua dari kiri) bersama rakan-rakan ketika menyampaikan sumbangan.


Sumbangan kewangan dan barangan yang diterima akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan terdiri daripada ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf di negeri Kelantan terutama ketika bulan Ramadan dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid, 35, berkata, program Jom Cakna Asnaf ini dimulakan sejak 2011 di Kelantan sepenuh masa setelah menamatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial.

"Kerja kemasyaraktan ini amat menarik dan saya meneruskan aktiviti ini ketika mula menjalankannya di kampus semasa memegang jawatan Naib Yang Dipertua ll lagi," katanya ketika dihubungi.

Lebih mengembirakannya kerana pensyarah-pensyarah UUM sentiasa memberi sokongan walaupun telah lama bergelar pelajar.

Lampin pakai buang dan susu juga turut disampaikan.


Menyentuh mengenai sumbangan yang diterima, beliau berkata ada pihak yang menghulurkan sumbangan kewangan dan ada pula yang memberi dalam bentuk barangan.

"Kami menerima sumbangan-sumbangan itu dan melakukan bancian sebelum mengagihkan barangan atau wang kepada mereka yang layak terima melalui maklumat daripada masyarakat setempat, penghulu atau pun daripada individu itu sendiri," ujarnya lagi.

Pada bulan puasa ini, antara barangan yang diagihkan termasuk keperluan dapur antaranya beras, gula, tepung, agar-agar, susu dan barangan basah seperti ayam.

Setiap hari mereka bergerak hampir ke 30 buah rumah untuk diagihkan barangan termasuk wang tunai.

Mohd Shazuwan kiri sampaikan barangan keperluan dapur dan lampin pakai buang.


Program amal ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bukan sahaja dapat membantu masyarakat yang memerlukan tetapi dapat berinteraksi pula dengan dermawan yang tidak putus-putus untuk turut menghulurkan sumbangan mereka.

Shazuwan menambah untuk tahun ini, mereka hanya bergerak di Kelantan sahaja berbanding sebelum ini hingga ke Johor dan Perlis kerana mematuhi arahan PKP.

Namun mereka terus bergerak ke daerah-daerah lain juga di negeri ini dengan melantik wakil-wakil untuk mengagihkan barangan keperluan dan wang kepada yang memerlukan di seluruh Kelantan.

Mereka yang ingin menyumbang ke tabung Jom Cajna Asnaf ini boleh terus menyalurkannya kepada akaun Maybank 153039072634 atau menghubungi talian 0169808556 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Ayam juga diagihkan kepada penduduk terutama pada bulan puasa ini.

4
0
0
0
0
You will be interested