Insan & Komuniti 29 Mar, 2020

[VIDEO] LEPAK DI LUAR? DAH KENA LOMPAT KATAK

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
DUDUK di rumah, dan duduk diam-diam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Peranan ini perlu dilakukan oleh semua orang untuk memulihkan keadaan kepada sediakala. Namun tidak semua orang mendengar dan masih ada yang ingkar dan menjalankan aktiviti seperti hari biasa. : KitaReporters

Foto cekupan skrin dari Twitter @Azie (https://twitter.com/aziiiieeee_)


Tular di Twitter sebuah video memaparkan sekumpulan remaja didenda melakukan lompat katak kerana tidak duduk di rumah susulan daripada penguatkuasaan PKP, yang dijadualkan berakhir pada 14 April 2020. 

Dalam video tersebut kelihatan 5 orang remaja ini sedang melakukan lompat katak di padang, yang mereka sedang lepak.

Pemilik akaun Twitter ini berkongsi video ini dengan kapsyen:

"Suruh duduk rumah taknak! Nak melepak jugak. Kan dah bertukar jadi katak!'


Video berdurasi 26 saat ini telah meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih 31,000 ciapan di Twitter.

Warganet yang melihat video ini meninggalkan pelbagai reaksi kepada remaja yang didenda lompat katak dengan sangat mencuit hati. Antara komen-komen warganet:

"Kalau cikgu denda nak repot polis, kalau polis denda repot mana?"



Kalau disuruh jadi belut


Maka. kepada anda semua, duduk di rumah dan selamatkan diri serta keluarga anda daripada jangkitan penyakit koronavirus-2019 (Covid-19) ini, sekali gus dapat membendung penularan wabak itu dan putuskan rantaian jangkitan. - KitaReporters

 

1
0
0
2
0
You will be interested