Kisah Insan 01 Jun, 2021

Berita Terkini| Lim Kok Wing dah tiada! Meninggal dunia ketika terima rawatan! Terjatuh di rumah

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PENGASAS dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT), Tan Seri Lim Kok Wing dilaporkan meninggal dunia hari ini, 1 Jun 2021 pada usia 75 tahun.

Difahamkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas menerima rawatan kerana terjatuh di rumahnya.

Berita pemergian tokoh pendidikan itu disahkan oleh seorang pembantunya yang enggan memberi maklumat lanjut.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai kartunis, menghasilkan strip komik terbitan tempatan pertama di Malaysia dan Singapura, ABU, yang diterbitkan dalam akhbar Eastern Sun, kemudian beralih ke bidang periklanan, dan menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.

Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama.

Pada 2002, institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).

Selain kampus utama di Cyberjaya, LUCT turut mempunyai lima cawangan iaitu di Sarawak, Kemboja, Botswana, Sierra Leone and United Kingdom. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


You will be interested

Caprice minta maaf! Kepada TMJ, H2O, UEL! Terlalu ikut emosi perjuangan demi Palestin, ummah!

Caprice tampil mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit dalam dakwannya. Turut mohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin, Ustaz Ebit

Malang berganda! Sudahlah hutang RM150 tak dibayar! Mangsa pula ditikam oleh suami pemiutang!

MALANG berganda seorang wanita! Sudahlah hutang Rp450 ribu (kira-kira RM150) tak dibayar oleh peminjam sebaliknya ditikam pula sebanyak dua kali pada perutnya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bakul makanan: PKP zahirkan kesepakatan guru! Program Cakna PIBG bantu 200 keluarga pelajar!

Program Cakna PIBG SK, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 zahirkan kerjasama dan kesepakatan guru-guru bantu ibu bapa pelajar yang terkesan dengan PKP wabak Covid-19
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 days ago

Video| Permintaan terakhir! Anak cepatkan tarikh nikah! Ibu meninggal beberapa hari kemudian!

Kerana ibu sakit tenat, si anak penuhi permintaan ibu untuk percepat tarikh perkahwinan. Beberapa hari setelah majlis akad nikah, si ibu kembali menghadap ilahi
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 2 days ago