Insan & Komuniti 26 May, 2020

Sempena hari lahir ke-23! Hazmi Nabil kutip sampah 23 hari!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BIASANYA setiap kali tiba hari lahir seseorang itu, mereka akan menerima hadiah daripada orang ramai terutama keluarga.  Tidak kurang juga sesetengah masyarakat akan lakukan majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Namun lain ceritanya bagi seorang remaja bernama Hazmi Nabil. : KitaReporters 


Disebabkan tahun 2020 ini unik dan istimewa, seorang remaja bertekad ingin melakukan sesuatu yang lain dari lain sempena hari lahir beliau. 

Itulah yang akan dilakukan oleh seorang pengguna twitter, Hazmi Nabil yang bertekad untuk mencabar dirinya mengutip sampai sekitar kawasan Lembah Klang selama 23 hari bermula dari 23 Mei 2020 yang lalu. 

Kredit Twitter Hazmi Nabil


Bukan sehari, bukan seminggu, tetapi 23 hari kawan-kawan ditambah pula kita tahu kawasan Klang Valley bukan kecik tetapi besar ya kawan-kawan!!

Fuhhhh, memang terbaiklah Hazmi. Bukan 'kaleng-kaleng' sambut hari lahir kali ini. Salute!!! 

Apa yang dilakukan oleh beliau ini harus dipuji biarpun ia mungkin nampak kecik bagi sesetengah masyarakat tetapi niat murni ini pasti akan memberi ispirasi untuk orang lain juga melakuan kebaikan. 

Beliau dijangka menamatkan cabaran ini adalah pada 15 Jun 2020 nanti. 

Kredit Twitter Hazmi Nabil


Jika beliau berjaya menamatkan cabaran ini, pasti hadiah 'lumayan' bakal diterima oleh Hazmi daripada orang ramai. 

Kerana apa, kerana sekarang zaman media sosial dan kuasa viral begitu kuat. 

Silap-silap nanti, dalam ucapan khas Perdana Menteri pun akan disebut nama beliau. 

Setiap orang ada cara tersendiri bagaimana melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan masyarakat. 

Tidak kisah sama ada ia kecil atau besar yang penting apa yang dilakukan itu memberi kesan kebaikan kepada semua pihak.

Apa pun, moga Hazmi akan dipermudahkan segala kerja yang beliau lakukan ini. Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan yang jitu. : KitaReporters

2
0
0
1
0
You will be interested