Insan & Komuniti 11 Dec, 2020

Video| Ebit hadiah 5 basikal lipat! Untuk penghantar makanan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENDAKWAH bebas dan tokoh amal, Ebit Lew tidak mengira waktu untuk melakukan kerja amal. Malam tadi, 10 Disember 2020 di sebuah kawasan di ibu negara, Ustaz Ebit menghadiahkan 5 buah basikal dan sedikit wang belanja kepada lima orang penghantar makanan.: KitaReporters


Ebit Lew bergambar dengan penerima sumbangan basikal lipat. Kredit foto: FB Ebit Lew


Lagi kisah-kisah berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Basikal-basikal itu untuk memudahkan mereka menjalankan kerja sebagai penghantar makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan.

Perkhidmatan kurier makanan cukup diperlukan ketika PKP dan menjadi alternatif mencari rezeki terutama kepada mereka yang sudah hilang pekerjaan.

Ebit turut mencuba basikal lipat yang disumbangnya.


Ustaz Ebit Lew dalam media sosial FaceBook dan Instagramnya menyatakan sebak dan sayu setelah mendengar mereka selama ini berjalan kaki untuk mendapat rezeki membantu keluarga. Sebahagian besar adalah golongan muda.

Dan mereka mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu. Kelima-lima insan ini punya cerita pilu yang memang perlu dibantu. 



Ebit menyapa salah seorang penerima sumbangan, Sharen dan anak-anaknya.

Salah seorang adalah Sharen iaitu ibu tunggal yang mempunyai tiga anak yang comel. Dahulu dia berniaga bakeri, namun perniagaannya terpaksa ditutup kerana PKP.  

Selain menanggung tiga anak yang masih kecil, Sharen juga terpaksa menjaga ibu dan ayahnya yang tinggal bersama. Ayahnya seorang orang kurang upaya (OKU).

Selain untuk makanan sekeluarga serta membeli susu dan lampin (pampers) untuk anak-anak dia terpaksa berjalan kaki sebagai penghantar makanan. Sebagai penghantar makanan dengan cara berjalan kaki dia hanya dapat RM150 ke RM200 seminggu. 

Mengenang air matanya apabila menerima sumbangan dan kata peransang Ustaz Ebit. 


Ebit mendengar luahan para penghantar makanan yang menerima bantuannya

Seorang lagi bernama Camy Yap, 26, yang hilang pekerjaan akibat PKP. Dia kini menyewa bilik di salah satu kawasan di Kuala Lumpur. Dan terpaksa berjalan kaki bagi menghantar makanan pelanggan.  

Dia turut gembira menerima sumbangan hadiah basikal lipat itu.

Seorang lagi, Hokah Sing berusia 27 tahun. Sebelum ini bekerja sebagai promoter pelancong yang hilang pekerjaan akibat PKP. Lalu dia terpaksa menjadi penghantar makanan berjalan. Dia gembira menerima basikal baharu itu. 


Ebit turut memberi sedikit wang tunai kepada penghantar makanan.

Seorang lagi penerima ialah Ramesh berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak.

Dia sudah lama ingin memiliki basikal agar lebih melancar tugasnya sebagai penghantar makanan. Dia mengucap terima kasih atas sumbangan Ustaz Ebit.

Jika sudah mempunyai cukup duit dia bercadang mengambil lesen motor dan membeli motosikal melancarkan kerjanya sebagai penghantar makanan. 

Seorang lagi ialah Nurul Fauziah. Katanya, dia menjadi penghantar makanan untuk pembelanjaan keluarga dan menolong ayah  dan emak. 

Ustaz Ebit berharap kehidupan mereka akan berubah melalui pemberian basikal itu.

Menurut Ustaz Ebit, sepanjang 2020 merupakan ujian besar bagi manusia dan semoga than 2021 akan memberi kehidupan lebih baik. - KitaReporters 

Bentuk basikal lipat yang disumbang oleh Ustaz Ebit Lew.

Berikut ialah entri penuh ustaz Ebit dalam FB dan IG-nya:

“Sebak gembira malam ini hadiahkan 5 basikal lipat dan sedikit hadiah belanja pada 3 orang chinese dan 2 indian. Sayu dengar betapa kuat mereka jalan kaki cari rezeki buat keluarga. Terkesan dengar anak muda kuat kerja cari rezeki. 

"Sharen chinese single mother anak 3 orang semuanya comel jer. Seminggu dapat rm150 ke rm200. Dulu berniaga bakery. Perniagaan tak boleh pergi dah. MCO stop semua. Buat kerja hantar makanan jalan kaki. Duit itu digunakan untuk beli pampers dan susu anak. Duduk dengan ayah yang oku dan ibu. 

"Masa bagi dan berbual tadi bergenang matanya. Tq yer ustaz atas semangat dan hadiah. Jalan jauh hantar makanan.

"Camy Yap,26 tahun sebelum ini kerja lain. Hilang kerja mco. Jadi sekarang sewa bilik dekat kl. Jalan jauh naik lrt try tempat ramai orang dibandar. Hantar makanan jalan kaki. Seronok dia masa hadihkan basikal tadi.

"Ramesh 25 tahun anak 2 orang. Tak berhenti cakap terima kaseh. Ustaz kalau saya bawa basikal saya boleh banyak lagi hantar makanan. Dah lama nak basikal. Cukup duit nak ambil lesen motor. Nanti nak bawa motor hantar makanan. Tq yer ustaz.

"Hokah Sing 27 tahun. Sebelum ini kerja promoter pelancong. Sekarang kerja hantar makanan berjalan. Seronok tadi try basikal baru.

"Nurul Fauziah Indian Muslim. Nak tolong mak ayah. Selalu bagi duit untuk mak ayah. Semuanya untuk belanja keluarga. 

"Semoga semua anak muda diluar sana terus kuat. 2020 ni besar ujian untuk kita semua. Pasti 2021 kita akan menjadi lebih baik. Kerana di sebalik musibah ada rahmat darinya."


Ebit turut membantu menurunkan basikal lipat daripada kereta MPV-nya.

2
0
0
0
0
You will be interested