Insan & Komuniti 01 Apr, 2020

LOCKDOWN: MARATON 800KM "BALIK KAMPUNG"

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

PERDANA Menteri India, Narendra Modi telah mengumumkan tarikh 25 Mac 2020 sebagai permulaan lockdown atau perintah berkurung selama 21 hari kepada rakyatnya akibat pandemik Covid-19. Kesannya perintah tersebut nampaknya bukan hanya terbatas bagi memutuskan rantaian penularan COvid-19 di India, tetapi juga ke atas rantaian kehidupan rakyatnya. : KitaReporters


Natijahnya, ramai rakyat India terutama mereka yang berasal dari kampung-kampung dan kawasan pedalaman yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Mumbai, New Delhi dan bandar-bandar lain pulang ke kampung secara beramai-ramai.

Mereka tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali yang bekerja dalam bidang-bidang yang berkepentingan seperti kakitangan hospital, anggota-angota keselamatan, serta kakitangan penyiaran, telekomunikasi dan sebagainya.

Covid-19 bukan sahaja membunuh ramai nyawa manusia, tetapi memberi kesan buruk terhadap ekonomi sesebuah negara apabila golongan seperti buruh binaan, pekerja kilang, pembantu kedai dan sepertinya yang hidup atas upah harian terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan.

India hariini, tidak terkecuali apabila detik hitam dan sedih menyelubungi kehidupan pekerja-pekerja ketika berbondong-bondong kembali ke kampung halaman masing-masing kerana tiada lagi pekerjaaan harian.

Mereka tidak lagi mendapat duit gaji, sukar membeli barangan keperluan harian, gagal melunaskan sewa rumah atau bilik, pinjaman apatah lagi kos perubatan.

Kebanyakan buruh binaan di India menerima upah harian yang rendah. - Kredit foto: smartcity.eletsonline.com


Kredit foto: FB Indian Express


Kes 1

Satyan seorang tukang kayu yang bekerja di Noida sanggup berjalan kaki sejauh 150 kilometer bersama isterinya, Usha serta dua orang anak mereka yang berumur 3 tahun dan setahun menuju kampung halamannya di Badaun. 

“Saya terpaksa pulang ke kampung sebab tuan tanah enggan benarkan kami tinggal di sini. 

"Lagipun duit tak cukup mana lagi sewa rumah, makan minum kami, susu anak lagi." ujar beliau ketika diaju pertanyaan oleh seseorang yang menghampirinya.

Namun begitu, Satyan tidaklah kesunyian kerana terdapat ramai lagi rakan lain yang senasib dengannya.

Mereka berjalan kaki dalam berkumpulan seperti acara maraton.


Jika dilihat sepintas lalu, mungkin perjalanan ini merupakan acara maraton yang terpanjang di dunia.

Ia berlaku berikutan pengangkutan awam turut dihentikan operasinya serta merta selepas pengumuman perintah berkurung dan disebabkan itu, mereka gagahkan juga untuk berjalan kaki di sepanjang lebuh raya sehingga ada yang menempuh jarak lebih 800 kilometer.

Ada yang menuju ke Jaunpur (700 km), Azamgarh (800 km) dan juga terdapat lokasi seperti Varanasi yang memerlukan 10 hari untuk sampai ke destinasinya.

Aduhh! penatnya..

Kes 2

Babak sedih, sebak, sayu dan simpati dapat dirakamkan di satu lokasi di Chadni Chowk, New Delhi, India di mana golongan buruh kasar yang dibayar gaji hari keluar beramai-ramai mencari sesuap nasi atau sekeping roti di jalanan setelah berlapar sejak empat hari yang lalu.

Sebahagianmereka hanya menerima upah antara 500 hingga 600 rupee (RM28.60 hingga RM34.33) seharibagi tiap seorang.

Ada yang bekerja sebagai tukang masak, basuh pinggan di restoran-restoran dan hotel-hotel.

Mereka tidak lagi bekerja dan juga tidak mempunyai tempat tinggal, malah sebahagiannya adalah golongan gelandangan.

Apabila kehidupan dihimpit kemiskinan dan kelaparan, sudah pasti ada antara mereka yang marah dan memberontak terhadap kerajaan sehingga menyebabkan kesukaran dan kesulitan dalam rutin harian.

Apa tidaknya?

Pihak polis India akan merotan atau memukul mereka yang berkeliaran beramai-ramai keluar dari rumah (setinggan) atau tempat berteduh sama ada di kaki-kaki lima kedai-kedai atau sebagainya semasa perintah berkurung.

Pada hari kedua perintah berkurung, satu misi bantuan kemanusiaan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang membawa makanan untuk diberikan kepada mereka.

Dianggarkan di antara 1,000 hingga 2,000 orang duduk berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan makanan masing-masing yang terdiri daripada orang-orang tua dan kanak-kanak, di samping golongan belia.

Malangnya, kaum wanita dan kanak-kanak agak terpinggir kerana majoriti yang menunggu adalah kaum lelaki.

Mereka terpaksa menunggu lama antara 6 hingga 8 jam sebelum dapat makanan.

Bagaimana agaknya rakyat India terpaksa menempuh tempoh kehidupan selama 21 hari "lockdown" yang penuh dengan penderitaan kelaparan, kesukaran, kesedihan dan kesakitan. - KitaReporters

Sumber: Harsh Mander seorang aktivis dan pengarang di India.


0
1
5
0
0
You will be interested