Insan & Komuniti 19 Jan, 2021

Kenapa burukkan PKRC MAEPS? Bekas pesakit Covid-19 kongsi pengalaman 8 hari di pusat kuarantin

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

SEORANG bekas pesakit Covid-19, Helman Hassan menceritakan pengalaman beliau sepanjang berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). : KitaReporters


Laman Facebook Helman Hassan


Lagi kisah-kisah berkaitan PKRC MAEPS:

Menceritakan pengalaman yang dikongsikan dalam laman Facebook beliau, beliau dan isteri disahkan positif. 

Isteri beliau dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh kerana mempunyai sejarah sakit berkaitan saraf dan memerlukan pemantauan rapi manakala Helman pula ditempatkan di Pusat Kuarantin MAEPS untuk pemantauan dan kuarantin.

Menurut Helman, isterinya pada mula mempunyai gejala seperti demam hari Sabtu dan pada Isnin isteri beliau sudah mula hilang deria bau.


 

Hantaran laman Facebook Helman


Pada Selasa, mereka berdua pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengarahkan isteri beliau untuk membuat ujian swab pada hari Rabu dan selepas dua hari keputusan swab, isteri beliau didapati positif Covid-19.

Kemudian selepas itu, Helman pula membuat ujian swab dan selepas  dua hari, keputusan beliau turut positif. Pasangan tersebut juga runsing bagaimana dan di mana mereka mendapat jangkitan tersebut.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan suasana di pusat kuarantin PKRC MAEPS yang di dakwa sesak dan tidak selesa. Namun ia disangkal oleh beliau. 

Menurutnya, sepanjang berada di pusat kuarantin tersebut selama lapan hari, keadaan di dalam pusat kuarantin tersebut adalah berkeadaan baik dengan tilam yang sangat selesa, tandas yang bersih dan tidak perlu beratur dan bersesak serta hidangan makanan yang disediakan tiga kali sehari yang baik dan sedap

Selain itu juga di PKRC MAEPS, mereka juga turut dibekalkan kemudahan internet WIFI berkelajuan 5G. 


 

Hari Pertama beliau di Pusat Kuarantin


Bukan itu sahaja, mereka turut dapat menjalankan aktiviti beriadah di dalam kawasan tersebut dan melakukan ibadah seperti sembahyang secara berjemaah. 

Menurut Helman, untuk mereka yang mempunyai gejala ringan mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin di PKRC MAEPS.

Katanya, dalam tempoh kuarantin tersebut, jika sesiapa batuk dan demam, mereka akan menjalani rawatan berkala atau “Check-up”, dan doktor akan memantau rapat. 

Untuk waktu sekarang tiada sebarang ubat untuk Covid-19. Namun pada mereka yang dijangkiti Covid-19 dan risiko tinggi iaitu mempunyai sejarah sakit kronik mereka akan ditempatkan di hospital untuk penilaian dan rawatan rapi.


 

Hari beliau dibenarkan pulang dan hari terakhir.



Helman dan isteri kini sudah pun dibenarkan pulang, orang ramai tidak perlu berasa takut kepada bekas pesakit Covid-19. Menurut Helman juga, pesakit yang sudah disahkan positif, selepas tamat proses kuarantin, virus Covid-19 itu akan menjadi lemah dan tidak aktif, oleh itu ia tidak akan berjangkit kepada orang lain. 

Jadi orang ramai janganlah menganggap bekas pesakit Covid-19 ini seperti penjenayah, tidak perlu untuk dipulaukan dan berasa takut

Beliau turut berterima kasih kepada petugas kesihatan yang sentiasa menjaga dan memantau kesihatan beliau dan isteri beliau serta semua pesakit yang dijangkiti Covid-19. - KitaReporters

9
0
0
1
0
You will be interested