Insan & Komuniti 18 Mar, 2020

WABAK COVID-19, FILEM CONTAGION: KEBETULAN?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

CONTAGION, filem thriller dan fiksyen tahun 2011 ini, menceritakan suasana mirip yang berlaku pada hari ini iaitu ketika dunia dilanda pandermik Covid-19. Memang tidak terduga pada akal ia benar-benar berlaku sehingga ramai khalayak menjadi buntu, kusut dan paranoid, sekali gus mencetus spekulasi dan teori serta konspirasi. : KitaReporters

Panik, kelam kabut, resah, bimbang, gerun dan takut mencetuskan huru-hara dalam filem ”Contagion” arahan oleh Steven Soderbergh.


Kisahnya bermula tentang Beth Emhoff  lakonan Gwyneth Paltrow yang kembali dari Hong Kong atas urusan perniagaan; dan singgah sebentar di Chicago selama dua hari kerana bertemu bekas teman lelakinya.

Keesokkannya dia berangkat pulang bertemu suaminya, Mitch Emhoff (Matt Damon) serta anak-anak mereka di Minnesota, Amerika Syarikat.

Setibanya di sana badan Beth terasa tidak sihat, ia mengalami flu dan keesokannya beliau mati secara mendadak ketika dirawat di sebuah hospital.

Pihak hospital telah memanggil suami Beth dan memaklumkan kematian isterinya tanpa sebab yang diketahui.

Lebih mengejutkan lagi orang-orang yang pernah berdampingan dengan Beth turut juga mengalami kematian mengejut.

Kredit foto: dailymail.co.uk


Apakah punca sebenar kematian tersebut?

Virus yang dialami oleh Beth ketika berkunjung di Hong Kong telah tersebar luas melalui sentuhan tangan dan melalui pernafasan.

Walaupun pada awalnya tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit yang serius.

Tetapi ia cepat menular berjangkit kepada orang lain dan akhirnya kes ini membawa kepada pengetahuan kerajaan; dan natijahnya kerajaan Amerika telah mengisyhtiharkan “Perintah Darurat” bagi membendung peningkatan angka korban.

Pada mulanya, kes ini dirahsiakan agar tidak menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram dalam masyarakat. Pakar-pakar perubatan dan para doktor dikumpulkan untuk mencari informasi tentang penyebab, cara penularan, penawar dan vaksin bagi mengekang virus tersebut.

 Lain pula hal, Alan Krumwiede (Jude Law) yang tidak mempedulikan arahan dan tindakan oleh pihak berkuasa, sebaliknya ia bertindak sendirian mencari jalan penyelesaian kepada penularan virus itu.

Watak-watak utama terdiri daripada pelakon-pelakon yang hebat seperti Gwyneth Paltrow, Matt Damon Marion Cotillard,Laurence Fishburne, Jude Law,dan Kate Winslet.

Kredit foto: The Filem Experience


Apa yang berlaku dalam filem Contagion itu dikatakan banyak persamaan dengan senario pandermik Covid-19 yang berlaku sekarang di seluruh dunia - bermula di Hong Kong (China) dan merebak ke semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Apakah itu satu kebetulan?

Ada juga pihak-pihak yang berteori serta berkonspirasi bahawa ini semua agenda perisikan China atau Amerika Syarikat bagi menguasai dunia.

Tapi untuk mengetahui dan memahami bagaimana rasanya keadaan situasi sebenar yang dialami mangsa dan keluarga mereka mengenai jangkitan virus Covid-19 yang berlaku ketika ini, bolehlah saksikan dalam filem “Contagion” ini. - KitaReporters



0
3
2
0
0
You will be interested