Insan & Komuniti 22 Mar, 2020

LAMBAIAN RINDU DARI JAUH AYAH KEPADA ANAK

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
Dalam keadaan genting tugas kakitangan di hospital sangatlah mencabar. Bukan sahaja mengabaikan keperluan diri demi memastikan keselamatan dan menyelamatkan nyawa pesakit, tetapi juga ahli keluarga terdekat pasti terkesan. : KitaReporters

SEORANG doktor hanya mampu melambai tangan di luar pagar rumahnya kerana bimbang anak-anaknya mendapat sebarang jangkitan yang tidak diingini. - Kredit foto: FB Ahmad Effendy Zailamudin.


Bagi yang mempunyai anak kecil, pasti meninggalkan kerinduan yang mendalam kerana mungkin lama tidak bertentang mata.

Terbaru seorang pengguna di Facebook, Ahmad Effendy Zailanudin berkongsi gambar sayu dan boleh mengundang kesedihan bagi sesiapa yang melihatnya.

Dalam postingnya yang dimuat naik pada Sabtu, 21 mac 2020 itu, Ahmad Effendy memuat naik gambar sepupunya, seorang doktor, yang hanya mampu melambai tangan ke arah anak-anak di hadapan pagar rumah tanpa boleh mendekati.

Tindakan berkenaan dibuat bagi mengelakkan anaknya mendapat sebarang jangkitan yang tidak diingini. 



Menurut Effendy, sepupunya itu bertugas dan terlibat terus mengendalikan kes COVID-19 di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasi.

Ternyata sayu melihat si kecil berdua itu yang pastinya merindui untuk didukung atau dicium oleh si ayah yang baru pulang dari kerja.

Namun apakan daya, walaupun berada di depan mata, tapi mereka hanya mampu melambai tangan sahaja.

Sehubungan itu, Ahmad Effendy merayu kepada seluruh rakyat supaya menghormati dan mematuhi arahan  Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa.

“Buat rakan2 FB, tolonglah. Ikut apa arahan yang dikeluarkan. Fikirkanlah perasaan orang lain. 

"Kita Bersyukur sebab boleh duduk dengan keluarga di rumah. Main dengan anak2,” kongsinya dalam Facebook miliknya yang dikongsikan lebih 9,400 pengguna dan 22,000 menekan butang ‘suka’.

Semoga golongan barisan frontliner diberi ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab. - KitaReporter


3
2
22
0
0
You will be interested