Kisah Insan 19 Apr, 2021

Berita Terkini| Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki! Alhamdulillah kini dah sepasang!

Share this


PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram di sebuah pusat perubatan pada 6.21 pagi Isnin, 19 April 2021.

Menerusi kenyataan pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd penyanyi terkenal itu melahirkan bayi keduanya melalui kaedah pembedahan dan kedua-dua kini berada dalam keadaan sihat dan baik.


ANAK kedua pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan awal pagi Isnin, 19 April 2021. - Kredit foto: Instagram @ctdk


"Alhamdulillah, pada pagi Isnin (19 April 2021) bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.

"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar dan kedua-dua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin, 19 April 2021.

Pasangan itu juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin yang diketuai Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women's Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

"Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT," katanya.

Terdahulu pasangan ini dikurniakan anak perempuan Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia tiga tahun yang juga menerusi proses IVF.

Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 1998. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


Pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk K bersama cahaya mata sulung mereka, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun. Kredit Foto idntimes.com

 

 

 

 

You will be interested

Video| Mula-mula sangka 2, 3! Kemudian jangka 7! Apabila bersalin keluar 9 anak! Rekod dunia!

Halima Cisse, rakyat Mali, percaya dia mengandung 2 atau 3 orang. Apabila doktor buat pemeriksaan, dia hamil 7 orang. Apabila bersalin, lahirkan anak kembar 9

Program Agihan Sumbangan Ramadan KRT Kasturisari! Bantu 28 keluarga rai Aidilfitri dalam PKP!

KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor bantu 28 keluarga dalam komuniti yang terkesan kerana PKP untuk terima bantuan barangan keperluan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 hour ago

Kausar Kasih gembirakan hati warga emas! Kausar Wealth hulurkan sumbangan sempena Aidilfitri!

30 perunding pewarisan harta Islam dari Kausar Wealth Management kongsi rezeki dengan warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pusat Jagaan Nur Hasanah
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 hours ago

Video| Mutoharoh lontar wang kertas berjumlah Rp100j dari balkoni! Duit raya untuk para pekerja

Mutoharoh, usahawan beg tangan wanita, lontar duit kertas berjumlah Rp100 juta dari balkoni banglonya di Pakis, Malang sebagai bonus hari raya bagi pekerjanya
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 11 hours ago

Tolong kami! Bantu Iszham! Doktor sahkan mungkin lumpuh selamanya! Rayu simpati dan sumbangan!

Mohamad Iszham Mohamad Ismail, 25, terlantar tanpa boleh bergerak sepenuhnya akibat patah saraf tunjang kerana terjatuh sewaktu di rumah sewanya di Nibung Tebal
Isa Ramli in Kisah Insan 22 hours ago