Insan 30 Jul, 2020

Hari bahagia bertukar pahit! Suami kehilangan ibu tercinta!

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this

KITA yang merancang tapi Allah yang menentukan… mungkin itu ayat yang paling sesuai diperkatakan kepada seorang wanita yang berdepan saat getir apabila majlis hari bahagia yang dirancang bertukar menjadi hari paling pahit serta sedih buatnya. Perkongsian sedih itu menjadi tular dalam medsos berikutan kisah @villagechick yang kehilangan bakal ibu mentua selepas terlibat dalam kemalangan maut sehari sebelum majlis pernikahan. : KitaReporters

SELAMAT.. majlis tetap diteruskan walaupun kehilangan orang yang penting dalam hidup suaminya. - Kredit foto: Twitter @villagechick.


Lagi cerita-cerita mengenai perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan 


Menurut wanita yang menggelarkan diri sebagai Nuna, sepatutnya malam sebelum majlis perkahwinan, ibu mentuanya menyarungkan cincin sebagai ikatan pertunangannya, namun hasrat itu juga tidak kesampaian.

Takdir menentukan segalanya!

‘Maaf ye ibu, ibu tak sempat nak sarungkan cincin di tangan kakngah malam pertunangan kami tapi takpe bu, mirul dah sarungkan. 

"Orang yang kuat dan sama macam ibu dah sarungkan cincin di jari nuna,” tulisnya.

Kisah berkenaan mengundang sebak dalam kalangan warganet.

TERKORBAN... bakal ibu mentua Nuna terkorban dalam kemalangan jalan raya.


Berkongsi cerita lagi, sepatutnya tarikh pernikahan 27.7.20 menjadi tarikh bahagia buat dia dan pasangan, Dr. Farid, namun sebaliknya berlaku.

Biarpun sukar untuk menerima kenyataan, namun dia tetap mempercayai mati itu pasti dan sesungguhnya tidak boleh lari dari qada dan qadar.

"Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Kita tak boleh nak lari daripada takdir yang telah ditentukannya. Ibu pergi dengan tenang sayang, hari yang baik masya-Allah." tulisnya.

"Beriman kepada qada dan qadar. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat je sayang. Awak dan keluarga semua orang yang baik dan kuat.” ciapnya.

REDA walaupun pahit untuk diharungi namun kehidupan perlu diteruskan


Biarpun masih dirundung rasa sedih dengan kehilangan tunggak keluarga, majlis perkahwinan pasangan itu tetap diterus bagi menunaikan hasrat ibunya untuk melihat mereka berdua bersatu.

Malah ucapan tahniah dan takziah silih berganti.  

"Kita tunaikan juga hasrat ibu yang terakhir. Walaupun awak kemalangan sehari sebelum kita nak nikah, kita still teruskan majlis. 

"27 dan 20 lambang usia saya dan awak pada tahun perkenalan kita. 7 pula ialah pertemuan kita kali ke-7 iaitu pada hari nikah kita, hari yang paling bahagia. 

"Tapi kali ke-7 saya jumpa awak, Ya Allah dugaan yang sangat berat menimpa. Tapi saya ada sayang, saya sentiasa ada dengan awak.

“Tahniah dan takziah silih berganti pada hari perkahwinan kita,” ciapnya. 

SELAMAT PENGANTIN BARU semoga tabah dan reda dengan pemergian orang tersayang dengan hati yang lapang.


Dalam masa sama, Nuna turut meminta semua pihak mendoakan keluarganya tabah menghadapi dugaan berat tersebut.

"Doakan supaya keluarga kami akan semakin kuat untuk menerima apa yang telah berlaku," katanya.

Bakal ibu mentua, Baniah Mustam, 57, yang merupakan seorang guru meninggal dunia pada jam 10.30 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 26 Julai 2020.

Terdahulu, bakal ibu mentuanya yang menaiki kereta SUV bersama dua anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah merempuh trak tunda di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Semua ini adalah rencana yang ditentukan Allah, redailah pemergian dengan hati yang tenang.

Salam Takziah dan Selamat Pengantin Baru. - KitaReporters

You will be interested

Di sebalik ujian ada rahmat! Di sebalik kesusahan ada Ebit!

"Di mana ada kesusahan, di situ ada Ustaz Ebit Lew." Mungkin itu ayat yang tepat untuk gambarkan keprihatinan Ebit Lew dalam laksanakan segala macam kerja amal

Fariza Saidin in Insan 3 days ago

Terbaik JPKD Senggarang! Aktif santuni mereka ditimpa musibah

JPKD Senggarang dan UMNO Batu Pahat sentiasa siap siaga agihkan segera bekalan barangan kepada penduduk ditimpa musibah seperti banjir dan terbabit dalam PKPB
Rosdi Ismail in Insan 18 hours ago

Budak 4 tahun dirogol dengan ganas! Lelaki kejam dihukum mati

Lelaki dikenali sebagai Liu dihukum mati oleh Mahkamah Harbin kerana merogol kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga alami pendarahan dan beberapa organnya rosak
Fauzan Uda Ahmad in Insan 1 day ago

Budak 14 tahun! Pelajar paling muda miliki ijazah di India!

Seorang budak 14 tahun dari Hyderab, Agastya Jaiswal menjadi pelajar paling muda di India yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!

Sudah dua bulan Nur Fazura dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya namun wajah penuh anak comel itu belum didedahkan maka timbullah tohmahan anak itu sumbing
Fariza Saidin in Insan 1 day ago