Insan 24 Mar, 2020

LAGI INSENTIF UNTUK ORANG GANU! TERBAIKLAH MB!!

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membokar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain membokar perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

0

Share this
KERAJAAN Terengganu amat prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat negeri itu berikutan sebahagian besar mereka kini hilang punca sumber rezeki dalam pelbagai bidang selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVIC-19 yang melanda negara. : KitaReporters

Menteri Besar Terengganu perkenal Pakej Ransangan Fasa 2 untuk rakyat Terengganu


Berikutan itu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif yang boleh meringankan impak ekonomi yang dihadapi masyarakat sebagai langkah keprihatinan kerajaan agar kebajikan rakyat terus terpelihara. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya sentiasa mengambil maklum dalam memastikan tindakan yang berterusan dalam melihat kepentingan rakyat pada fasa-fasa yang seterusnya.

Katanya, selepas fasa pertama diumumkan pada Ahad, 22 Mac 2020, hari ini, Selasa, 24 Mac 2020, fasa kedua pula dilancarkan bagi memberi manfaat secara langsung dan dirasai golongan miskin dan berpendapatan rendah. 

“Pengenalan insentif berkenaan bertujuan meringankan beban golongan peniaga yang terjejas kerana terpaksa menutup premis perniagaan mereka akibat COVID-19,” katanya menerusi catatan Facebook miliknya (https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/) pada Selasa, 24 Mac 2020. 


Beliau berkata, menerusi pelaksanaan fasa kedua, kerajaan negeri  ingin mengumumkan beberapa inisiatif  yang boleh meringankan impak ekonomi yang dialami semua pihak.

Antara langkah yang diambil termasuklah pengecualian sewaan dan bayaran di bawah seliaan Kerajaan Negeri Terengganu akan dilaksanakan pada bulan April dan Mei 2020 untuk meringankan beban mereka yang terbabit. Beliau berkata menerusi inisiatif itu kerajaan negeri bersetuju menangguhkan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan bermula April sehingga Mei 2020.

Catatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Facebook miliknya


Katanya,pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik Kerajaan Negeri Terengganu bagi bulan April 2020 diharap dapat membantu mereka yang terkesan dengan keadaan semasa yang dihadapi sekarang.

Selain itu, katanya, penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu dan bayaran sewa bulanan Desa Keluarga Yayayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020 juga turut dilaksanakan.  

"Ini juga termasuk penangguhan bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020," katanya. 

Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi perhatian termasuk apa juga pihak yang terkesan daripada COVID-19. 

"Segala bentuk bantuan akan diusahakan dan diselaraskan oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat untuk meringankan beban dihadapi oleh rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini," katanya.

Petugas Hospital Besut menerima sumbangan makanan dari Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB)


Sementara itu, penderitaan rakyat negeri ini dalam menghadapi masalah mendapatkan bahan bekalan makanan dan keperluan harian turut dikongsi oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil  memberi sumbangan kepada pihak terbabit. 

Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) antara badan sukarela paling aktif menggerakkan jenteranya dengan membantu petugas barisan hadapan sekitar daerah Besut.

Facebook Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) memaparkan gambar mereka memberi sumbangan kepada pasukan keselamatan


Penyelarasnya, Bob Azha berkata, antara yang diberi tumpuan pihak beliau ialah menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas di Hospital Besut dan anggota pasukan keselamatan serta pertahanan yang bertugas membuat kawalan di sekatan jalan raya.

“Kami mendapat sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib petugas barisan hadapan yang menyalurkan sumbangan kepada AAJB untuk disampaikan kepada pihak terbabit,” katanya. - KitaReporters

Penyelaras Bantuan AAJB Bob Azha

You will be interested

JOM SUMBANG!! TABUNG BANTU KARYAWAN TV

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mewujudkan Tabung Bantuan Covid-19 bagi membantu para pekerja drama TV dan keluarga yang terjejas pendapatan

Fauzan Ahmad in Insan 2 days ago

SENIMAN NAK TABUNG COVID-SENI, LULUSKAH??

Jika diterima bererti insan seni dianggap sebagai golongan istimewa, sedangkan semua pihak mempunyai hak mendapat pembelaan terutama petugas barisan depan
Fauzan Ahmad in Insan 8 hours ago

TQ SPRITZER! AIR UNTUK PETUGAS BARISAN DEPAN

Spritzer tampil membekalkan air mineral syarikat itu secara percuma kepada semua petugas hospital dan pasukan keselamatan yang bertugas semasa wabak COVID-19
Zuhayati Yazid in Insan 14 hours ago

COVID-19: KITA DOAKAN ANAK NI KEMBALI SIHAT!!

Video Nuha Syazwan Sakiban, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kluang didapati positif COVID -19 dan perlu dibawa ke hospital menggunakan ambulans
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

[VIDEO] JENAZAH MANGSA COVID-19 "DIRAMPAS"!!

Tular sebuah video, jenazah mangsa Covid-19 yang siap terbungkus dengan plastik yang disteril untuk dikuburkan telah dirampas dan dibuka kembali oleh keluarga
Nur Syamila Kamarul Arefin in Insan 1 day ago