Gaya Hidup 27 Nov, 2020

Pelanggan vs penghantar! Sebab makanan tak dihantar ke pintu

@mohamad fadhil mohd daud
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

Alahai! Disebabkan satu kesalahan kita sanggup bergaduh dan bertumbuk!? Apakah kita terlupa untuk saling menghormarti atau tidak tahu apa erti berkasih-sayang?? Apatah lagi untuk berterima kasih! Sebab itulah islam mengajar kita untuk bertoleransi iaitu bertolak ansur mana berlebih atau terkurang, dihalalkan sahaja. : KitaReporters


Pergelutan yang melibatkan salah faham penghantar makanan dan pelanggan. 


Lagi cerita-cerita berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar+makanan


Biasanya kita beranggapan penghantar makanan perlu sampai di hadapan pintu rumah berserta pesanan tanpa gagal.

Namun adakah kita terfikir risiko perjalanan atau batas-batas yang mungkin berlaku kepada mereka?? Apa yang pada fikiran kita adalah on time dan tepat sahaja! 



Agak mengecewakan bila menonton sebuah kiriman video dari laman sosial Facebook menyaksikan seorang penghantar makanan didakwa dibelasah pelanggan gara-gara gagal menghantar hingga ke hadapan rumah.

Lebih dikesalkan niat murni penghantar makanan yang berkhidmat membantu, dibalas dengan rasa geram dan sakit hati pelanggan yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.

Tidak matang!


Dipercayai sikap berang pelanggan yg geram penghantar makanan yang tidak boleh naik ke kondo kerana dilarang oleh pegawal keselamatan


Sering kita mendengar istilah "costumer always right" namun sejajar dengan norma baharu ia harus ditukar kepada "patient and thankfull".

Video yang tersebar sejak beberapa jam lalu telah membawa respons negatif dengan caci maki netizen terhadap pelanggan yang didakwa tidak bertimbang rasa itu.

Akal waras dan sifat tolak ansur dididik agama tidak memungkinkan tercetusnya pergelutan, sekali gus mengabaikan rasa sayang menyayangi sesama kita.

Kes yang didakwa berpunca daripada salah faham, ditularkan dan disebar luas menyebabkan satu Malaysia sudah mengetahui aib kita.

Bak kata pepatah Melayu lama bagai belacan dikerat dua. Yang pergi busuk, yang disimpan hanyir.

"Dengar kata kes rider tak boleh masuk kondo sebab dihalang pegawal keselamatan yang bertugas. Pelanggan sedang lapar. Pelanggan turun terus tibai penghantar makanan tersebut", dakwa netizen yang berkongsi video terbabit.

Setakat ini, belum ada maklum balas daripada pihak-pihak lain, termasuk pelanggan berkenaan. 



Catatan yang mendakwa punca kejadian


Rata-rata komentar yang diberikan netizen juga memperlihatkan mereka bersimpati dengan nasib penghantar makanan yang didakwa dipukul sesuka hati. Umpama diberi madu tetapi dibalas tuba. Kebaikan yang dicurahkan diganti dengan sesuatu yang tidak elok atau memeritkan.

Apakah itu sesuatu yang adil sebagai manusia?? Sikap gemar mengecil-gecilkan orang juga punca kepada kejatuhan adab serta "sifar" toleransi.

"Tolong cekup yang tukang rakam sekali sebab jadi kayu, ranting lagi fungsi boleh juga buat bakar sampah.

"Yang rakam ni memang nak tularkan dulu baru tolong ke macam mana.

"Kesian orang yang mencari rezeki. Tak apalah ada balasannya dari tuhan nanti", respons netizen berang.


Respons netizen kecewa


Netizen juga tidak berpuas hati dengan si perakam yang tidak meleraikan hanya merakam dan memviralkannya sahaja.

Walau bagaimanapun, lokasi dan waktu kejadian tidak dijelaskan agar tidak mengundang hal-hal atau musibah susulan yang tidak diingini.

Yang pastinya kejadian mungkin berlaku dalam negara dengan melihatkan uniform penghantar makanan berwarna merah jambu sinonim warna trademark Foodpanda Malaysia. 



Ketahuilah pada zaman COVID-19, ramai penganggur menceburi bidang ini bagi meneruskan kelangsungan hidup yang kian mendesak.

Bernasib baik jika penghantar makanan itu seorang yang lemah dan tidak berdaya jangan sampai suatu hari nanti anda mencari pasal dengan guru taekwando, silat atau silambam yang merupakan penghantar makanan anda.

Jaga-jaga!

Suka diingatkan sabar adalah suatu kemanisan yang sukar dirasai bagi mendapatkannya kita harus sabar, sabar dan terus bersabar, istiqomah! Dari sabar juga secara tidak langsung kita boleh mengetahui taraf apa iman kita seperti apa dan bagaimana.

Ding dong! Maaf, saya penghantar makanan anda yang terlewat! Selamat menjamu selera! - KitaReporters

You will be interested

Tak suka kerja dilakukan! Remaja sanggup ngaku jadi mangsa penculikan! Untuk elak pergi kerja

Brandon Soules, 19, remaja dari Arizona sanggup buat helah dengan ikat tangan, mulut kononnya jadi mangsa penculikan semata-mata elak diri untuk pergi bekerja

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 3 days ago

Pak Mat Serunding teruskan resipi arwah ibu! Kini sibuk dengan kedatangan Ramadan, hari raya!

Mohamed Ismail atau Pak Mat Serunding dari Kampung Laut, Tumpat semakin sibuk dengan kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan. Turut hasilkan serunding arnab
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Erul Samah 'Tak Bisa' tolak imej K-Pop! Cipta single terbaharu lebih hebat, bertenaga!

Erul Samah cipta lagu Tak Bisa bagi kembali hangatkan industri muzik setelah hampir dua tahun menyepi. Masih dengan imej K-Pop dengan fokus kepada kekuatan lagu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Hati Hizaitey Asra kian berdebar! Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli Secara Online!

Hizaitey Asra Anak Hadi, gadis dari suku kaum Temuan, bercita-cita jadi peragawati. Berdebar nanti keputusan Pertandingan Online Pakaian Tradisional Orang Asli
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 1 day ago

Kurang tepat, membebankan! SAM mahu SOP kepada media buat liputan bola sepak dikaji semula!

SAM rayu beberapa peraturan kepada media untuk buat liputan pertandingan bola sepak dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat, agak membebankan dan mengarut
Editor KitaReporters in Gaya Hidup 2 days ago