Seni & Sukan 05 Feb, 2021

EWRF bimbang! PdPR dialu-alukan! Tapi lebih banyak perlu dilakukan demi kualiti pembelajaran

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


YAYASAN Pendidikan, Kebajikan dan Penyelidikan (EWRF) menyambut baik inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Datuk Jalaluddin Alias yang menyarankan agar ibu bapa mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19.

Langkah yang diambil itu merupakan perkembangan yang konstruktif dan sebagaimana ditegaskan oleh Jalaluddin, EWRF, dalam sau kenyataan media, juga ingin mengetengahkan  kebimbangan masyarakat terhadap cabaran pendidikan anak-anak yang kini melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PdPR:

https://kitareporters.com/search?search=PdPR


Govindasamy Anamalai


Menurut Presiden EWRF, Govindasamy Anamalai, sementara kita perlu mengakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cuba melakukan sesuatu untuk membantu dan mengurangkan kesukaran yang sedang dilalui para pelajar di sebalik pandemik COVID-19, banyak yang perlu dan boleh dilakukan oleh para pelajar mengikuti PdPR dengan kondusif dan secara berkualiti.

Dalam kenyataan medianya, EWRF, katanya, yang menganjurkan program-program Civil Society Intervention (CSI) dan English for Juniors (E4J) secara dalam talian mempunyai hubungan rapat dengan pelajar dan ibu/bapa/penjaga pelajar yang mengambil bahagaian dalam program-program tersebut.

"EWRF juga mencadangkan ada baiknya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan perbincangan atau dialog dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam  bidang pendidikan di negara ini. Ini boleh dilakukan secara dalam talian. 

"Dalam hal ini EWRF sedia membantu pihak berkuasa memandangkan jalinan kerjasama antara Kerajaan dan NGO amatlah penting, dan pihak berkuasa tidak mampu melakukan dengan bersendirian, terutama ketika kes jangkitan COVID-19 terus meningkat dan menyusahkan setiap langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan," kata Govindasamy dalam kenyataan tersebut.



Meskipun penggunaan PdPR menggunakan kemudahan teknologi dalam talian sesuatu yang perlu dialu-alukan dan tidak dapat dielak, tetapi kualiti pembelajaran tidaklah setaraf berbanding dengan pembelajaran bersemuka. Pandangan umum beranggapan generasi semasa bakal kehilangan pembelajaran berkualiti ekoran impak COVID-19. 

"EWRF juga risau sekiranya keadaan ini berterusan dan tiada langkah konkrit dalam masa terdekat ia akan mengugat kemajuan dan pembangunan negara dalam masa jangka panjang," tegas Govindasamy dalam kenyataan itu. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested