Seni & Sukan 14 Apr, 2020

NETIZEN BERANG! NING HINA ANAK ORANG ASAL??

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

TULAR dalam media sosial satu klip video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak dipercayai orang asal (Orang Asli) yang ditahan pihak polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Video tersebut bukan sahaja mendapat perhatian orang biasa tetapi juga golongan artis dan selebriti. : KitaReporters



Menariknya, ramai yang menganggap situasi dalam klip video tersebut sebagai melucukan kerana kelihatan anggota polis seakan-akan ‘menyakat’ kanak-kanak tersebut hingga menangis.

Namun, dalam usikan tersebut terselit pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan oleh anggota terbabit agar kanak-kanak tersebut mematuhi PKP.

Malah, kelihatan anggota terbabit sempat ‘memborong’ semua makanan ringan yang dijual oleh kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar beramai-ramai sambil menjual makanan ringan. Kelihatan juga mereka berkaki ayam.

Klip video itu menjadi tular setelah dikongsi oleh semua orang termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Posting itu juga mendapat reaksi pelbagai netizen termasuk artis-artis popular seperti Ning Baizura dan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Namun, komen daripada Ning mengundang kecaman netizen kerana dikatakan tidak sensitif dan berbau penghinaan.

Komen Ning yang mengundang kecaman netizen.


Ning dilihat mengulas mengenai keadaan kanak-kanak berkenaan yang tidak memakai selipar dan menyifatkan ia sebagai miskin.

“Miskin budang-budak ni, selipar pun tak ada,” tulisnya disertai dengan emoji ketawa.

Komen tersebut akhirnya mengundang kecaman netizen kerana menganggap ia satu penghinaan.


“Woi, kau dulu pun miskin jugalah. Dulu dekat Desa Pandan bungkus roti canai dengan abang ipar kau dulu tak ingat ke? Sekarang acah kaya,” tulis salah seorang netizen yang berang.

Sementara itu, seorang lagi netizen menjelaskan kenyataan berbau hinaan itu menyebabkan dia hilang hormat kepada Ning.


“Tiada guna kau kaya dengan harta tapi miskin dengan adab. Kau kaya dengan harta tapi kau miskin dengan adab dan agama. no respectfor people like you,” tulisnya seorang lagi netizen.

Mungkin Ning tidak berniat untuk menghina. 

Tetapi sebagai artis, dia sepatutnya berhati-hati dalam berkata-kata terutama dalam media sosial. Tak semua orang boleh faham atau tahu apa yang kita maksudkan.  - KitaReporters

7
1
0
0
3
You will be interested