Gaya Hidup 14 Oct, 2020

Anda mangsa serangan binatang buas? Boleh mohon bantuan JKM!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

TIDAK ramai yang mengetahui mereka yang menjadi mangsa kerana diserang oleh binatang buas layak menerima bantuan sebagai penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Alamak! Tak tahu pun!! : KitaReporters

Penolong Pengarah Perhilitan Terengganu, Aniza Ibrahim (kiri) ketika berkunjung ke rumah mangsa dipatuk ular, Noraniza Abu Bakar baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Antara kelayakan serta kriteria adalah mangsa atau waris mangsa diserang oleh binatang buas yang telah dikategorikan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) seperti gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa, spesis primat (beruk, kera siamang, ungka, lotong dan kongkang) serta buaya.

Mangsa yang dipatuk ular, Noraniza Abu Bakar, 30, dari Kampung Sungai Kerak, Marang, Terengganu adalah antara yang bernasib baik kerana layak dikategorikan sebagai penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM.

Noraniza Abu Bakar


Bagaimanapun, beliau perlu membuat permohonan menerusi JKM dengan sokongan laporan dari Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu.

Kejadian malang, dipatuk binatang berbisa yang dikenal pasti daripada spesis ular senduk itu telah menimpa Noraniza, ketika terserempak dengannya di dalam bilik air. Paling menyedihkan, mangsa merupakan penghidap sakit kencing manis kronik menyebabkan kesan luka di kakinya menjadi lebih parah dan teruk.

Penolong Pengarah PERHILITAN Terengganu, Aniza Ibrahim


Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Aniza Ibrahim berkata, berdasarkan kejadian yang menimpa mangsa, pihaknya mengesyorkan agar mangsa memohon bantuan khusus itu bagi membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa yang terlibat dengan serangan reptlia tersebut.

Katanya, peruntukan bagi bantuan ini adalah maksimum sebanyak RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. Manakala bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan. 

Aniza merujuk kepada kes yang dialami mangsa sebaik sahaja selesai menziarahi mangsa di rumahnya setelah mendapat maklumat dari media sosial.

"Sepanjang tahun 2020, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu telah menerima dua permohonan melibatkan serangan beruk dan babi hutan, manakala pada tahun 2019 pula, dua kes melibatkan serangan babi hutan dan beruang matahari." Katanya. - KitaReporters

You will be interested

Aroma Ismail Izzani! Mampukah percintaan Shalma bertahan?

Single terbaharu Shalma Eliana, Aroma ciptaan Mas Dewangga dan FIrdaus Rahmat mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh si lelaki

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Basmi nyamuk aedes! Gotong royong Perkumpulan Wanita Lipis!

40 ahli Perkumpulan Wanita (WI) gotong-royong di kawasan tapak pekan sehari di Kampung Bukit Betong, Lipis pada 25 Oktober 2020 dengan bantuan JKKK Bukit Betong
Haris Fadilah Ahmad in Gaya Hidup 3 hours ago

Anugerah untuk kelab peminat! ABPBH 33 cipta sejarah digital

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 13 November 2020 bakal cipta sejarah apabila disiarkan secara langsung dan secara digital gara-gara COVID-19
Fariza Saidin in Gaya Hidup 6 hours ago

Salam Maulidur Rasul! RTM tampilkan dua program rai sambutan

Pada 29 Oktober 2020, RTM melalui TV1 akan siarkan bicarawara muzikal bertajuk Kasih Junjungan, 10.30 pagi dan Forum Perdana Khas Maulidur Rasul 1442H, 9 malam
Fariza Saidin in Gaya Hidup 14 hours ago

Tambah baik proses P&P! Untuk pelajar Rohingya di RISE IRM

Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE) kelolaan Islamic Relief (IRM) lancar program bulan akademik untuk tambah baik proses P&P kepada pelajarnya
Editor KitaReporters in Gaya Hidup 16 hours ago