Gaya Hidup 05 Oct, 2022

Jom Heboh patuh syariah! Ikut syarat, garis panduan ditetapkan! Gegar Kuala Terengganu 7-8 Okt 2022!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Ariffin Deraman mengadakan sidang media mengenai penganjuran Karnival Jom Heboh TV# di Terengganu


PENANTIAN sekian lama penduduk Negeri Terengganu ingin menyaksikan Jom Heboh sebuah program popular anjuran Media Prima Berhad akhirnya terjawab apabila kerajaan negeri memberi kebenaran kepada penganjuran aktiviti tersebut di negeri itu.

Bagaimanapun, penganjuran program berkenaan dibenarkan berlangsung berdasarkan syarat-syarat mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Berikutan itu, program yang dikenali dengan Karnival Jom Heboh tidak seperti mana yang diadakan di negeri-negeri lain sebaliknya program yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 7 dan 8 Oktober 2022 mengetengahkan program berbentuk keagamaan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karnival Jom Heboh

Ariffin menunjukkan banting Karnival Jom Heboh


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, program anjuran Media Prima Berhad dengan sokongan Kerajaan Terengganu itu bertujuan mempopularkan negeri ini sebagai negeri pelancongan dan pada masa yang sama menawarkan hiburan Islamik yang patuh syariah

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang penganjuran Jom Heboh Edisi Terengganu ini kerana ia akan dilaksanakan mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

“Sejak semalam, pelbagai aduan diterima kerajaan negeri dalam media sosial kerana karnival itu diadakan sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri,” katanya.


Ariffin Deraman


Ariffin menegaskan antara pengisiannya adalah jualan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan serta menawarkan hiburan berkonsepkan Islamik dan ilmu melalui penganjuran forum.

Sebagai contoh, katanya, pada malam 7 Oktober 2022 diadakan Malam Akustika yang bertajuk ‘Syariat Berdaulat, Negeri Berkat' dan pada 8 Oktober  2022 pula, Malam Akustika Jalan Cinta Rasul.

“Pada malam-malam akustika tersebut, pengunjung akan disajikan dengan program perkongsian agama dan diselangselikan dengan lagu-lagu ketuhanan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tahah air,” katanya pada sidang media mengenai pengaanjuran carnival tersebut  di Kuala Terengganu pada Selasa, 5 Oktober 2022.

Semua pemilihan artis dan lagu telah diteliti dan diluluskan kerajaan negeri kerana menampilkan lirik yang berunsur ketuhanan,” ujarnya.



Katanya, beliau mengharapkan agar program ini dapat diadakan dalam keadaan terkawal, dan segala persiapan sedang berjalan dengan baik.

“Kita akan adakan pemantauan untuk memastikan karnival ini berjalan lancar termasuk menempatkan penguat kuasa syariah serta petugas sukarela demi menjaga nama baik Negeri Terengganu.

Pesanan saya juga buat pengunjung yang hadir untuk sentiasa menjaga adab dan tingkah laku supaya tidak menimbulkan sebarang isu yang negatif,” ujarnya. - KitaReporters


 

4
9
1
11
0
You will be interested