Seni & Sukan 07 May, 2020

Sedihnya!! Konsert Covid-19 I For India gagal capai sasaran!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEDIHNYA... Konsert ‘I For India’ gagal mencapai matlamatnya untuk mengutip sebanyak 60 juta rupees (kira-kira RM3.44 juta) bagi membantu petugas barisan hadapan (frontliners). Konsert yang berlangsung lebih 4 jam pada Ahad,  3 Mei 2020 hanya meraih 37.5 juta rupees (RM2.15 juta) sahaja, walaupun disertai bintang-bintang ternama di India dan dunia. : KitaReporters

Antara bintang Bollywood yang muncul dalam konsert dalam talian I For India.  - Kredit foto: Daily Star.com

Di mana orang kaya-kaya India atau hartawan serta industrialis India??

Konsert yang menghimpunkan 80 bintang dan pemuzik Bollywood dan beberapa selebriti antabangsa yang beraksi dari rumah masing-masing bertujuan amal iaitu untuk mengisi Tabung Respons India Covid-19 (ICRF).

Hasil sumbangan digunakan untuk menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan dan makanan serta bantuan wang tunai kepada masyarakat yang terputus punca pendapatan akibat perintah berkurung (lockdown) yang dilaksanakan di India.

Penganjuran konsert berkenaan adalah cetusan idea dua pengarah terkenal, Karan Johar dan Zoya Akhtar.

Projek ini dengan kerjasama badan kebajikan, Give India bagi membantu negara yang mempunyai penduduk 1.3 bilion orang itu.

Ia mengambil inspirasi Konsert ‘The One World: Together At Home’ yang dikendalikan penyanyi terkenal, Lady Gaga awal April 2020.

Konsert secara 'live streaming' itu disiarkan menerusi laman Facebook selama hampir lima jam.

Antara bintang terkenal yang mengambil bahagian ialah Shah Rukh Khan (SRK), Amitabh Bachchan, Priyanka Chopra, Aamir Khan, Aishwarya Rai, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor dan Madhuri Dixit.

Ada yang menyanyi, menyampai puisi, bermain muzik atau sekadar memberi kata-kata perangsang agar teguh menghadapi dugaan hidup akibat Covid-19.

Kredit foto: Facebook

Turut muncul ialah beberapa bintang terkenal antarabangsa seperti Mick Jagger, Nick Jonas, Bryan Adams, Will Smith, Joe Jonas dan Mindy Kaling.

Vokalis kumpulan The Rolling Stones, Mick Jagger dan pelakon I Am Legend, Will Smith berkongsi kesedihan rakyat yang kehilangan pekerjaan hingga menyebabkan  kelaparan, sejak perintah berkurung dilaksanakan di India pada 25 Mac 2020 dan kini diperpanjangkan dua minggu lagi.

SRK turut menyanyi dalam konsert I For India. - Kredit foto; Times of India

"Mereka mungkin hilang pekerjaan dan tempat tinggal.  Mereka mempunyai keluarga yang kelaparan. 

"Jadi, saya mohon kepada anda menghulurkan derma. Berilah berapa sahaja yang termampu," rayu Mick Jagger.

Will Smith dalam video pendeknya meminta sumbangan orang ramai membantu mereka yang terjejas.

"India sentiasa menjadi tempat yang hangat dan istimewa dalam hati saya. Ini benar-benar seperti rumah yang jauh dari rumah saya," katanya.

Amir Khan dan Kiran Rao menunjukkan bakat menyanyi. - Kredit fotol Bhaskhar live. Com

Akshay Kumar membuka tirai konsert dengan menyampaikan puisi yang ditulis oleh penulis lirik, Manoj Muntashir berjudul ‘Tumse Ho Nahi Payega’.

Priyanka Chopra dan Hrithik Roshan bersama kumpulan koir tempatan menyanyi.

Mereka juga berucap dalam bahasa Inggeris dan Hindi mengenai kempen derma Covod-19.

Bintang tersohor, Shah Rukh yang ceria menghiburkan puluhan ribu peminat secara dalam talian sambil menyanyi dan berlawak.

Shah Rukh tampil bersama anak lelakinya, Abram Khan mendendangkan lagu 'Sab Sahi Ho Jayega', karya penyanyi rap, Badshah dan lirik, Saini.

Dalam ucapannya,  SRK yakin, keadaan akan kembali pulih seperti biasa. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested