SEMBILAN individu termasuk dua wanita ditahan selepas polis menyerbu dua unit kediaman sebuah kondominium di Jalan Talalla, Kampung Atap, Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian.
Dalam serbuan yang
dilakukan pada Rabu, 14 April 2021, polis turut merampas beberapa peralatan
yang digunakan dalam aktiviti perjudian dalam talian.
Menerusi
serbuan pertama pada pukul 11.30 malam, dua lelaki tempatan, masing-masing
berusia 23 dan 27 tahun ditahan dan sembilan telefon bimbit serta lima
komputer, 23 kad sim serta wang tunai RM4,666 dirampas.
Ketua Polis
Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata susulan
serbuan pertama, polis menyerbu sebuah lagi unit kondominium di kawasan sama dan
menahan tujuh individu termasuk seorang lelaki dan wanita asing.
Manakala
tegas beliau dalam serbuan kira-kira12.30 malam hari yang sama polis berjaya merampas 18 telefon bimbit, empat
komputer dan wang tunai RM950.
"Tujuh
yang ditahan terdiri daripada empat lelaki serta seorang wanita tempatan, dan
masing-masing seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam,
berusia antara 20 hingga 26 tahun," katanya dalam kenyataan media di Kuala
Lumpur, pada Khamis 15 April 2021.
Dua suspek
pertama direman dua hari bermula Khamis, 15 April 2021 manakala tujuh lagi suspek
direman tiga mulai hari ini sehingga Sabtu 17 April 2021 ini.
Siasatan
dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 420
Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter