Gaya Hidup 06 Jun, 2021

Berita Terkini| KPWKM sasar 3.5j warga emas disuntik vaksin Covid-19! Dalam tempoh dua minggu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Hampir satu juta warga emas di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini. - Kredit foto: Bernama


KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasar seramai 3.5 juta warga emas di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaskin Covid-19 dalam tempoh dua minggu ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata sasaran itu bagi memastikan seluruh warga emas berusia 60 tahun ke atas menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Berdasarkan rekod terkini, hampir satu juta warga emas di negara ini sudah menerima suntikan vaksin iaitu 632,519 orang bagi dos pertama, manakala sejumlah 229,462 individu telah lengkap terima suntikan dos kedua.

“Sehingga 31 Mei 2021, seramai 2.1 juta atau 60 peratus warga emas telah membuat pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo, 6 Jun 2021.

Tambah beliau, tinjauan  dan pemantauan pemberian vaksin kepada warga emas akan dilakukan secara berterusan dalam tempoh dua minggu ini bagi memastikan 3.5 juta warga emas membuat pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera dan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya lagi, selain usaha memberi kesedaran tentang kepentingan vaksinasi dan bahaya Covid-19, pihak kementeriannya juga telah pun merangka beberapa pelan tindakan khusus. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


You will be interested

Penduduk Terengganu bimbang! Rentas negeri balik raya di kampung! Kes COVID-19 meningkat kembali!

Penduduk Terengganu resah, bimbang kemungkinan kes wabak COVID-19 kembali meningkat, menular lebih luas jika ramai perantau di Lembah Klang kembali di kampung

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 6 days ago

Video| Selepas Yuna, giliran Layla Sania pula! Hiasi papan iklan digital Times Square, New York!

Layla Sania bukan sahaja cipta nama di Cina tetapi lebih banggakan wajahnya terpampang pada papan iklan digital di Times Square, New York seperti dialami Yuna
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Apabila jiran sepakat bawa berkat! Gerobok Makanan Taman Danau Kota meriah dan terus bertahan!

Gerobok Makanan Taman Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur bukan sahaja terus bertahan beri sumbangan kepada yang memerlukan tapi terus terima pelbagai sumbangan
Ahmad Abd Hamid in Gaya Hidup 2 days ago

Video| Masya Masyitah pelapis Shila Amzah! Harumkan Malaysia di China! Kini ada single Mandarin!

Dulu, Shila Amzah sebagai antara satu-satunya penyanyi popular berkebolehan nyanyi dalam bahasa Cina, kini muncul Juara Yippi Star Quest 2020, Masya Masyitah
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 days ago

Ayuh Malaysia! Berlari, berkayuh maya dengan SAM! Jom sokong atlet Sukan Olimpik Tokyo kita!

Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, SAM ambil inisiatif anjurkan 'SAM Virtual Run & Ride' (Larian dan Kayuhan Maya SAM) sebagai tanda sokongan kepada atlet negara
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 4 days ago