Seni & Sukan 09 Apr, 2021

Berita Terkini| Video| Neelofa akhirnya bersuara, mohon maaf! Akui kesilapan, terlepas pandang

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

MAJLIS persandingan yang berlangsung meriah di sebuah hotel terkemuka di  Kuala Lumpur, 27 Mac 2021.


SELEBRITI dan usahawan, Neelofa akhirnya secara terbuka memohon maaf kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan serta kunjungan ke Pulau Langkawi baru-baru ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video pada Jumaat, 9 April 2021.

Akuinya, dia dan suami, Haris Ismail sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, sebaliknya telah terlepas pandang dalam banyak perkara.

"Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak.

“Saya serta suami mengaku dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini. Ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video yang dihantar kepada media pada Jumaat, 9 April 2021.

Usahawan kelahiran Kelantan itu memilih membuat permohonan maaf berhubung kontroversi tercetus selepas semua urusan termasuk proses memberi keterangan kepada polis selesai.

“Saya dan Haris pergi pada awal minggu ini. Keluarga suami pergi pada beberapa hari lalu, manakala keluarga saya pada hari ini (Jumaat). Alhamdulillah, semua urusan selesai," katanya.

Pada 27 Mac 2021,  Neelofa selamat diijabkabulkan dengan Haris, iaitu pelakon dan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai PU Riz, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular dalam media sosial foto menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). - KitaReporters



 

Kredit Foto myartis.com

 

4
1
0
0
0
You will be interested