Seni & Sukan 16 Apr, 2021

Berita Terkini| RM2.2 juta, dua bulan! Jualan nombor pendaftaran khas UniMAP UR dapat sambutan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Nombor plat UR 1 mencatatkan bidaan tertinggi dengan harga RM200,000. - Kredit foto: FB urplat.com


PENJUALAN siri nombor pendaftaran khas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP mencecah nilai RM2.2 juta hanya dalam tempoh dua bulan setelah dilancarkan sejak Februari 2021.

Pengerusi Lembaga Pengarah Unimap, Raja Datuk Azwane Raja Ariff berkata, nombor plat UR 1 mencatatkan bidaan tertinggi dengan harga RM200,000 diikuti dengan UR 10 (RM130,000), UR 33 (RM65,000) dan UR 55 (RM63,000).

"Tender penjualan telah dibuka pada 24 Februari hingga 4 Mac 2021, manakala penjualan melalui laman sesawang www.urplat.com pula bermula  0 Mac dan berakhir 31 Mac 2021 baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh ini sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual dan ia satu pencapaian yang baik kerana dalam tempoh kira-kira dua bulan sahaja merekodkan jualan kira-kira RM2.2 juta.

"Jumlah jualan nombor plat khas UR ini adalah yang tertinggi berbanding nombor plat yang pernah dikeluarkan universiti awam lain,” katanya yang dipetik oleh laporan Utusan Malaysia, 16 April 2021.

Katanya lagi,  nombor pendaftaran UR 1 merupakan bidaan tertinggi yang dibeli sebuah syarikat dari Kuala Lumpur, dan setakat ini masih terdapat 6,000 nombor pendaftaran UR  boleh dibeli bagi yang berminat.

Kombinasi kedua huruf UR ini diambil bagi mewakili huruf U yang merupakan awalan perkataan Unimap, manakala R merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Perlis. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested