Gaya Hidup 25 Mar, 2020

COVID-19: DILEMA PEKERJA KITA DI SINGAPURA

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
ADA antara kita memilih untuk bekerja di negara jiran untuk mendapat pendapatan yang berganda berbanding di Malaysia demi menyara keluarga di rumah dan hidup lebih senang. Rata-rata memilih untuk bekerja di Singapura kerana pertukaran wang mereka lebih tinggi berbanding di sini. : KitaReporters


Rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura sebelum ini telah akur dengan arahan kerajaan yang menutup pintu masuk negara selama 14 hari dan terpaksa membuat pilihan untuk tinggal di Singapura sepanjang tempoh berkenaan.

Tetapi, oleh kerana penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan, membuatkan mereka diberi dua pilihan sama ada untuk menetap di Singapura selama 3 bulan lagi atau pulang sahaja ke tanah air.

seorang pengguna Facebook, Annuar Jasni, berkongsi pendapat agar rakyat Malaysia tidak memandang rendah kepada mereka yang bakal ambil keputusan untuk menetap di Singapura selama 3 bulan.



Work permit pulang 

"Viral dah pasal benda ni . Boss kasi 2 pilihan untuk menetap di Singapura selama 3 bulan lagi atau boleh pilih untuk balik Johor Bharu (work permit pulang) . 

"Tu kalau 3 bulan . Kalau lebih camaner ?? Hilang kerja atau balik ke keluarga tercinta ?? Atau terpaksa kerja untuk keluarga ?

"Apa apa pun pilihan korang, bincanglah sebaiknya dengan semua pihak . Ya memang family itu penting , tetapi duit pun penting . 

"Lain orang lain komitmen, jangan pernah samakan. Balik malaysia kalau tak boleh kerja nak makan apa?? 

"Yang boleh kerja jangan bahan orang yang tak kerja. Yang pilih untuk tak nak kerja pulak jangan bahan orang yang pilih untuk kerja. Nasib kita tak sama ingat tu."


3 Bulan itu lama sangat ke?

"Baru umum 2 minggu pun aritu ramai dah cabut . Cuba kita pikir orang yang keje offshore . Kekadang 3 bulan . Kekadang 6 bulan sekali baru balik . 

"Cuba tengok bibik Indon dekat rumah boss korang . Ada anak, ada suami dekat kampung . 2 tahun sekali baru balik . Cuba tengok bangla/pakistan/india yang sanggop datang kerja dari jauh . 

"Kekadang 3 tahun sekali baru balik . Mereka pun ada anak bini dekat sana . Tapi fikirkan tanggungjawab . Fikirkan kerja mereka sanggup. 

"Jadi jangan dijadikan isu kalau orang Malaysia pilih untuk stay lagi 3 bulan . Mereka bukan lebihkan kerja dari family. 

"Tapi mereka fikirkan tanggungjawab . Bukan tak nak balik, Tapi keadaan sekarang yang buatkan mereka tak boleh balik . 

'Sebelum ni hari hari kami balik . Kami pun nk jumpa orang yang tersayang . 

"Mereka dah pikir masak-masak . Mungkin isteri mereka kasi . Pikir anak memang tak sanggup . Tapi pikir tanggungjawab mereka terpaksa kuat ." 


Hati koyak, mereka simpan sendiri

"Jangan kita perli perli untuk tambah kesakitan yang dah ada sekarang . Siapa tak sedih semua sedih . 

"Nasihat saya sebelum buat apa-apa keputusan bincang sebaik--baiknya dengan keluarga/isteri/boss . Jangan dah separuh jalan rasa menyesal tak sudah . 

"Jagalah hati semua pihak . Pilihan memang sukar tapi kita tetap kena pilih .

"Saya berdoa kita semua tak kehilangan kerja . Dapat melakukan aktiviti seperti biasa . Diberikan kesihatan yang baik dan dapat balik berjumpa orang yang tersayang . 

"Yang paling penting wabak COVID-19 ni berakhir dengan cepat dan jauhkan lah dari kami serta keluarga kami.

Berita belum rasmi, tetapi jika betul terjadi, macammana nak pilih.

"Ternyata, ramai rakyat Malaysia yang bakal membuat keputusan yang agak sukar untuk keluarga mereka."


Tetapi secara ramai yang sanggup untuk meninggalkan keluarga tercinta untuk bekerja di Singapura selama 3 bulan demi mencari rezeki untuk keluarga selagi mampu, berdasarkan kepada beberapa komen yang dikongsikan. 



Malahan ada juga antara mereka yang memohon agar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak dilanjutkan kerana mahu bersama keluarga seperti hari-hari biasa.


Walau apapun keputusan yang dibuat, semoga anda semua dilindungi dari wabak Covid-19. - KitaReporters

You will be interested

Nyanyian Aina Abdul dipuji Khaty! Juarai Immortal Songs ep 5

Improvisasi lagu ‘Tangisan Hati Yang Derita’ oleh Aina Abdul berjaya terima pujian daripada penyanyi asal, Khadijah Ibrahim untuk juarai Immortal Songs episod 5

Noktah single terbaharu! Fazura pun nak letak noktah jugak?

Single terbaharu Fazura, Noktah diceritakan dari sudut wanita yang harus tetap kuat menghadapi segala kekecewaan dengan pasangannya dan melepaskan apabila perlu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Kena tunda! Covid-19 bentes Piala Tun Sharifah Rodziah 2020!

Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) yang sepatutnya dijadualkan pada November 2020 ini terpaksa ditunda ke 2021 ekoran kemunculan beberapa kluster baharu Covid-19
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Hari Terbuka Jiran Wanita KRT! Komuniti dapat info kesihatan

Bagi menyokong usaha melahirkan masyarakat sihat, Jiran Wanita KRT Suadamai Bandar Tun Hussein Onn di Cheras mengadakan Hari Terbuka dan Khidmat Kesihatan 2020
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 1 day ago

Hari Jantung Sedunia! Penyakit jantung sebab utama kematian!

Pada 2018 penyakit jantung iskemik atau ischaemic heart diseases (IHD) kekal sebagai antara sebab utama kematian dengan menyebabkan sebanyak 18,267 kes kematian
Noor Hayati Mamat in Gaya Hidup 1 day ago