Seni & Sukan 28 Nov, 2021

Video| Istimewa daripada Asyraf Nasir! Jangan meninggi diri! 2Pai yang melompat pasti jatuh!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


SETINGGI-TINGGI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga", peribahasa yang barangkali sudah jarang digunakan atau diperingatkan kepada generasi muda sekarang ini.

Hakikatnya, makna yang tersirat di dalam ayat pendek itu perlu dijadikan pesanan agar manusia tidak angkuh, lupa diri mahu pun menipu sana sini yang mana akhirnya rahsia yang disimpan akan terbongkar jua.

Malah ada juga individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan


Lagi kisah menarik berkaitan Asyraf Nasir


Apakah mesej ini yang mahu disampaikan oleh penyanyi Asyraf Nasir yang kini sedang mencipta nama dalam dunia muzik genre hip hop melalui single terbaharunya, ‘2Pai’?

“Lagu ini mengingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia juga satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar yang setinggi mana pun pencapaian, janganlah lupa titik permulaan kita. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat peroleh kejayaan sepenuhnya tanpa bantuan orang lain. 

Itulah pesanan yang cuba disampaikan melalui lagu ini,” ujar Asyraf mengakui mendapat inspirasi daripada peribahasa berkenaan.

Menurutnya, lagu hasil tulisannya sendiri diterbitkan oleh Wolfy itu turut memberi peluang para pendengar mengenali bunyi khas atau 'sound' Asyraf Nasir yang sepenuhnya sepanjang dirinya bergelar ahli muzik. 



“Biarpun penulisan lagu mengambil masa lebih kurang dua hari, persiapan jalan ceritanya yang memakan masa. Dari segi komposisi lagu, saya berkerjasama dengan Wolfy secara virtual.

Lagu ini disiapkan pada tahun 2020, ketika zaman PKP, jadi kami terpaksa membuat panggilan video untuk bincangkan susunan lagu,” cerita Asyraf sambil memberitahu lagu berkenaan pula mengambil masa sebulan untuk disiapkan secara keseluruhan kerana dirinya ingin memberi gambaran sebenar daripada pemerhatian sendiri.



Lebih mencabar jelas Asyraf, kesemua rakaman vokal dilakukannya sendiri di rumah disebabkan PKP. 

“Saya sebenarnya memang berniat nak rakam dalam studio, tetapi setelah membuat rakaman buat kali ke-3 dan 4 di rumah sendiri, saya rasa hasilnya tak sama seperti kali pertama saya rakam di rumah. 

"Jadi semua vokal yang anda dengar ni adalah rakaman suara yang pertama saya lakukan di rumah,” tambahnya.

‘2Pai’  turut menampilkan sebuah video muzik istimewa arahan Thaqif Saadon menampilkan senario dua orang yang bekerjasama namun menemui konflik sepanjang bekerja. 




Lebih menarik, rakan seperjuangannya Yonnyboii diundang untuk memainkan salah satu watak tersebut.

“Biarpun video muzik dirakam dalam masa satu hari, tetapi persiapan penuh mengambil masa sebulan sebelum kami akhirnya dapat berada di lokasi bersama kru terlibat di set. 

"Semua orang akan lihat karakter saya yang berbeza daripada yang biasa sebab konsepnya seperti filem aksi,” ujar Asyraf lagi. - KitaReporters


10
12
0
14
0
You will be interested