Alam & Sains 23 Jan, 2023

Video| Air laut bertukar warna jadi hijau! Laut berbau busuk! Banyak ikan mati! Nelayan rasa bimbang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

AIR laut biasanya berwarna biru kini berubah warna hijau di Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan pada 16 Januari 2023. - Kredit foto: Antara


WARGA dan para nelayan yang tinggal di kawasan pesisiran pantai Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia heboh dan terkejut apabila air laut di kepulauan mereka berubah warna menjadi hijau pada 16 Januari 2023 sehingga 18 Januari 2023 lalu. 

Fenomena alam itu mula terjadi di Desa Parak Kecamatan Bontomanal hingga ke pesisir Daeng Memangung Kelurahan Benteng Utara Kecamatan Benteng. 

Berikutan dengan kejadian yang terjadi secara tiba-tiba itu, air laut di kepulauan itu turut menjadi berbau busuk.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan fenomena alam


WARGA pesisir pantai mengambil peluang dengan penyaut menangkap ikan yang mati timbul di permukaan air akibat fenomena air laut berwarna hijau. - Kredit foto: Google


Fenomena air laut itu pertama kali terjadi di kepulauan tersebut bermula dengan kejadian air laut berwarna hijau dan pada keesokan didapati banyak ikan mati timbul di permukaan air selain ia terdampar di tepi pantai.

Orang ramai mulai bimbang dengan fenomena yang berlaku mengejutkan itu sehingga ada dalam kalangan penduduk menganggap ia sebagai petanda akan terjadi sesuatu bencana di kepulauan tersebut.



IKAN-IKAN yang mati terdampar di beberapa lokasi di tepi pantai Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan. - Kredit foto: Google


Bagaimanapun, perubahan air laut di kepulauan itu tidaklah berpanjangan sebaliknya ia hanya terjadi selama tiga hari dan kini air laut itu telah menjadi pulih seperti biasa berwarna biru.

``Namun, walaupun kejadian air laut itu berubah warna hijau dan kadangkalanya berwarna hijau muda kini sudah pulih tetapi kami sebagai kaum nelayan tetap bimbang  untuk turun menangkap ikan di laut,’’ kata salah seorang nelayan di Kepulauan Selayar, lapor detik.com pada 21 Januari 2023.

Pemerintah menasihat orang ramai supaya bertenang dan melarang penduduk di kawasan itu mengambil dan memakan ikan-ikan yang mati akibat fenomena itu kerana  bimbang ikan tersebut dipercayai beracun.


Kredit foto : YouTube


Sementara itu, Ahli Ekologi Kelautan Universiti Hassanuddin (Unhas) Makassar, Prof Ambo Tuwo berkata, perubahan warna air laut sering terjadi kerana ia dipengaruhi tumbuhan yang mengalami fenomena blooming. 

Menurutnya, kejadian itu boleh dikatakan sering terjadi di mana-mana sama ada di sungai atau  laut.

Beliau berkata, jikalau di laut air boleh bertukar menjadi warna merah ataupun hijau bergantung kepada tumbuhannya yang meledak.




``Itu tumbuhan (plankton),  kalau waktu siang ia menghasilkan oksigen tapi jikalau malam ia juga menggunakan oksigen dan ketika waktu malam biasanya kandungan oksigen di dalam air akan menjadi rendah.

``Akibat oksigen rendah di dalam air menyebabkan punca haiwan-haiwan di dalam air mati kerana kekurangan oksigen,’’ katanya. - KitaReporters


10
14
0
12
0
You will be interested