Bisnes & Ekonomi 09 Jan, 2025

Telus, selamat, bebas riba! Fourkay pusat jualan emas gadaian patuh syariah! Ada sijil pematuhan!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


Sejak zaman datuk nenek kita lagi, pesan mereka jika mahu mengumpul harta, pastikan ada emas yang turut dipakai pada badan kerana emas lazimnya tidak susut nilai. Lebih daripada itu jika berlaku kecemasan dan tidak ada wang tunai, emas mudah ditanggalkan dan digadai untuk memperoleh wang segera. 

Bagaimana pun menggadai emas biarlah mengikut syariah bagi memastikan setiap transaksi bebas daripada unsur riba yang merupakan dosa besar dalam Islam. 

Di Fourkay Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang berpengkalan di Southville City, Bangi Selangor, syarikat ini melakar pencapaian penting apabila memperoleh Sijil Pematuhan Syariah daripada Elzar Shariah Solution and Advisory. 

Pengiktirafan tersebut mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri pembelian emas gadaian yang telus, selamat dan patuh syariah.


Mohamad Sanusi Mohd Isa (tengah), Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus (kanan) dan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman pada majlis memperkenal Fourkay sebagai pusat jualan emas gadaian di Bangi pada 7 Januari 2025.   


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Sanusi Mohd Isa, langkah tersebut adalah bukti komitmen syarikat terhadap integriti dan kepatuhan kepada prinsip kewangan Islam. 

“Kami mahu menjadi contoh kepada industri lain bahawa keberkesanan dan kepercayaan pelanggan boleh dicapai secara serentak tanpa menjejaskan nilai moral dan agama,” katanya pada majlis memperkenal Fourkay sebagai pusat jualan emas gadaian di Bangi pada 7 Januari 2025.

Tambahnya, bersandar kepada  strategi inovatif dan pendekatan beretika, Fourkay kini menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang mencari penyelesaian kewangan yang telus, selamat, dan patuh syariah. 

Misi utama syarikat untuk membawa ketelusan dan keselamatan dalam industri pembelian emas gadaian serta memberi impak besar kepada masyarakat.

“Pelanggan yang memilih Fourkay boleh yakin bahawa setiap urus niaga dijalankan dengan penuh integriti, memberikan nilai setimpal dan jaminan keselamatan,” ujarnya.


Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus.


Fourkay menumpukan perhatian kepada emas gadaian kerana risiko yang lebih rendah serta jaminan transaksi yang lebih telus dan patuh syariah. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus mereka memastikan setiap urus niaga mematuhi prinsip syariah, bebas riba, dan mendokumentasikan setiap langkah bagi melindungi pelanggan daripada risiko penipuan.

“Fourkay turut memastikan ketulenan emas diperiksa dengan teliti dalam setiap transaksi. Kami mengutamakan proses yang sah dan selamat bagi melindungi pelanggan daripada sebarang risiko,” katanya.

Syarikat  juga mengambil langkah proaktif dengan mendidik masyarakat tentang bahaya berurusan dengan entiti tidak sah. Sehingga kini lebih 10,000 pelanggan telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Fourkay dan syarikat bercadang meluaskan operasi ke seluruh negara dengan sasaran mencapai 25,000 pelanggan pada tahun ini.

Sementara itu, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, pakar kewangan Islam, dari Elzar Shariah Solution and Advisory, yang terlibat dalam proses audit syariah Fourkay, menekankan kepentingan bebas riba dalam transaksi kewangan. 

“Riba adalah dosa besar dalam Islam dan kehadiran syarikat seperti Fourkay yang menawarkan perkhidmatan patuh syariah membantu umat Islam menjauhi transaksi yang tidak sah dan melindungi ibadah mereka,” jelas beliau.


Mohamad Sanusi dan Puteri Ainsyah Quraisha (kanan) memperkenal pusat jualan emas gadaian di Bangi kepada media.


Sijil Pematuhan Syariah ini diperbaharui setiap dua tahun dan menjadi simbol komitmen Fourkay terhadap kewangan Islam yang berintegriti. 

Ini memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka berurusan dengan syarikat yang mementingkan keselamatan dan kepatuhan syariah.

Bermatlamat menjadikan industri pembelian emas gadaian lebih telus dan diyakini, Fourkay terus melakar kejayaan, sekali gus memacu perubahan positif dalam industri kewangan Islam di Malaysia.

Syarikat ini juga beroperasi di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Nilai, Seremban, Senawang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuala Trengganu. - KitaReporters

9
8
0
11
0
You will be interested