Wanita 01 Oct, 2019

JIJA MAHIR MENJAHIT SULAM, HASIL KERJA CANTIK KEMAS

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

KEMAHIRANNYA menjahit sulam sudah diakui oleh para pelanggan. Hasil kerjanya cantik kemas memenuhi cita rasa. 

JIJA beraksi di hadapan mesin jahit untuk memulakan kerja menjahit.


Inilah keistimewaan Shaheeza Sakhmi atau Jija, 46, yang menetap di Taman Cempaka, Ipoh. Beliau bukan sahaja mahir dengan jahitan biasa tetapi juga mahir menjahit sulam. Tidak ramai orang memiliki kebolehan ini.

Menurut Jija, yang sudah 28 tahun berkecimpung dalam bidang jahitan, pelanggan mempunyai pelbagai cita rasa untuk tempahan pakaian mereka. Ramai yang mahu pakaian mereka diperindah dengan sulaman bagi menambah seri. 

Jahitan sulam merupakan satu seni halus jahitan yang sukar dan mencabar. Kerana itu tugas ini memerlukan kepakaran. 

Seorang tukang jahit yang mahir menjahit pakaian dalam bentuk biasa belum tentu boleh menjahit pakaian bersulam.Tetapi bagi yang mahir menjahit sulam biasanya juga mahir menjahit pakaian tanpa sulam. 

Kebolehan menjahit sulam adalah satu kelebihan. Inilah yang dimiliki oleh Jija.

Kemahiran menjahit sulam ini walaupun boleh dipelajari tetapi faktor bakat memainkan peranan penting. Jika bakat asas menjahit memang ada, latihan yang diterima menambah mudah menguasai seni jahit sulam.

BAJU sulam tampal kain.


Jija beruntung kerana ibunya, Radziah Kassim, adalah juga seorang tukang jahit .Beliau belajar menjahit daripada ibunya pada usia 18 tahun. 

Bakat menjahit yang diwarisi daripada ibu ini diperkuatkan lagi dengan belajar di sebuah akademi menjahit di Kuala Lumpur.

“Saya mendalami ilmu menjahit sulam untuk beberapa bulan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Jija dalam satu pertemuan.

Selepas tamat latihan, beliau membantu ibunya menjahit pakaian untuk menambah kemahiran. Beliau kemudian berdikari mengusahakan jahitannya sendiri, beroperasi dari rumah.

Dalam keadaan tertentu beliau masih bekerjasama dengan ibunya mengendalikan tempahan pakaian yang diterima, khususnya jika tempahan banyak dan perlu disiapkan segera.

Kehalusan jahitan sulam dan coraknya yang menarik menjadikan nama Jija dikenali. Hasilnya, beliau bukan sahaja menerima tempahan daripada individu tetapi juga pihak sekolah atau institusi bagi pakaian bersulam atau pakaian seragam.

PAKAIAN seragam jahitan Jija yang diperagakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Raja Ta'ayah, Ipoh, pada sambutan Hari Kebangsaan di Taiping, Perak pada Ogos lalu.


“Antaranya Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Sekolah Izzuddin Shah dan -pelajar tahfiz Institut Tadbiran Islam Perak (Intim),” kata Jija.

Menurutnya, beliau sendiri berurusan dengan pihak sekolah atau institusi bagi mendapatkan tempahan pakaian seragam. Ertinya, beliau sendiri yang menjalankan aktiviti pemasaran mendapatkan pelanggan.

Pada peringkat awal memang agak sukar. Namun berkat usaha tanpa mengenal jemu, disokong oleh hasil kerja yang berkualiti, ramai semakin menaruh keyakinan kepada beliau untuk menempah pakaian bersulam, mahu pun pakaian biasa.

“Apabila banyak tempahan, saya bekerjasama dengan ibu. Saya membeli kain menurut jenis yang ditempah dan ibu menggunting. Kemudian saya akan menjahit.

"Pakaian seragam ada yang ditempah secara jahitan biasa dan banyak pula secara jahitan sulam, ” kata Jija.

DERETAN pakaian seragam sedia untuk diserahkan kepada pelanggan.


Mengenai seni reka sulaman yang dijahit, beliau memberitahu, pelanggan akan menyerahkan kepadanya menentukan corak sulaman yang sesuai. Beliau kemudian akan mengemukakan cadangan seni reka sulaman itu berdasarkan corak kain.

“Pelanggan akan hanya memberi tahu sama ada berkendakkan sulam tebal atau nipis. Selebihnya saya akan buat menurut kesesuaian,” kata beliau.

Jija memberitahu, kerja membuat pakaian seragam untuk kumpulan ramai agak rumit kerana setiap pemakai berlainan saiz badan. Oleh itu proses mengukur, menggunting kain dan menjahit memerlukan tahap ketelitian yang tinggi. 

TUDUNG seragam yang dijahit oleh Jija.


TUDUNG dihias indah sebelum diserah kepada pelanggan.


Selain pakaian, Jija juga menerima tempahan menjahit tudung dalam kuantiti banyak, termasuk tudung seragam. Malah beliau juga menerima tempahan menjahit bendera.

Mungkin ada yang menyangka menghasilkan jahitan sulam berdasarkan kepada lukisan yang dilakar pada kain dan jahitan sulam ini menurut lakaran tersebut. Atau mungkin ada yang menyangka mesin jahit boleh diprogram untuk menjahit corak sulaman yang dikehendaki.

Andaian inisemua meleset kerana seni reka sulaman dan jahitan dilakukan tanpa sebarang lukisan latar belakang, sebaliknya berdasarkan kreativiti dan kepakaran tukang jahit.

“Tangan penjahit yang mengukir sulaman, baik corak bunga atau sebagainya. Jahitan sulam itu pula dilakukan dengan pergerakan serentak tangan dan kaki. 

"Tangan menggerakkan kain bagi membentuk atau menghasilkan sulaman yang dikehendaki, sementara kaki mengawal pergerakan mesin jahit,” kata Jija.

Menurutnya, kerja-kerja ini memang rumit dan memerlukan perhatian sangat teliti berbekal kepakaran yang ada.

Tegas beliau, sebarang kesilapan pergerakan akan mengakibatkan sulaman yang dijahit tidak sekata dan pastinya tidak mencapai kualiti terbaik. Jija bersyukur kerana hasil kerjanya selama ini diterima baik. 

BAJU untuk pertandingan pantun jahitan Jija untuk Sekolah Raja Ta'ayah.


Walaupun sudah 28 tahun dalam bidang ini, beliau bertekad akan terus belajar memajukan diri, di samping sentiasa mengikuti perkembangan fesyen atau sulaman semasa.

“Masa beredar menampilkan pelbagai perubahan, termasuk dalam bidang jahitan. Aspek inilah yang sentiasa saya beri perhatian bagi memastikan hasil kerja saya sentiasa terkini untuk memenuhi cita rasa pelanggan,” katanya.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi Jija pada talian 019-5612105 atau email shaheeza73@gmail.com.

PASUKAN angklong Sekolah Raja Ta'ayah menunjukkan bakat di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Pakaian seragam bersulam pasukan ini dijahit oleh Jija.


JAHITAN sulam benang kuntum bunga.


JAHITAN sulam tampal lace.


PAKAIAN seragam Hari Kebangsaan jahitan Jija.

2
0
1
0
0
You will be interested

BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI

Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak 10 tahun lalu.

DSA Wahab in Wanita 4 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 4 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 4 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 4 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 4 years ago