Alam & Sains 14 Aug, 2019

NAK JADI REPORTER? JOM JOIN KITAREPORTERS.COM...

@alimama
the Ali me.. i love to read

Share this
BIDANG pemberitaan bukan lagi eksklusif kepada petugas wartawan. Ia kini dibanjiri "pemberita jadian" atau "wannabe reporter". Kemajuan teknologi telefon dan kepantasan dunia maya membolehkan hampir semua menjadi reporter. : KitaReporters.com

Maka konsep "citizen journalism" atau kewartawanan massa terbentuk. Orang awam biasa sahaja menjadi reporter dengan hanya mempunyai telefon bimbit. Hari ini pelbagai laporan dihidangkan oleh mereka di Internet, khususnya dalam media sosial.

Sehubungan itu, diwujudkan portal KitaReporters ini. Ia diharapkan untuk mengumpul dan menggemblengkan wannabe reporters untuk menyiarkan laporan mereka secara berintegriti lagi bertanggungjawab. Portal ini akan menyaring reporter-reporter dan menyiarkan tulisan mereka atas nama sebenar.

Selain itu, portal KitaReporters ini juga membuka peluang dan ruang bagi bekas-bekas pemberita untuk terus "bertugas". Bagi mereka, bidang kewartawanan bukan hanya satu kerjaya tapi satu kehidupan. Dalam darah daging mereka mengalir semangat perjuangan yang tinggi.

Kehadiran pemberita otai dan berpengalaman ini bakal memberi portal ini imbangan. Antara yang baharu dan yang lama. Antara yang berpengalaman dan yang berminat. Antara pandangan lampau dan perspektif terkini. Menjadikan KitaReporters satu esprit de corps (kekitaan) yang kental.

Tidak lupa juga kepada para jurugambar dan photojurnalists. Portal ini menyediakan platform bagi mereka berkarya. Baik profesional dan amatur.  Seperti pemberita, mereka juga komponen penting dalam mana-mana laporan. Seperti lagu dan irama, pincang jika satu dikesampingkan.

Dan terkini kemunculan mobile journalists (mojo) atau wartawan bergerak. Dengan hanya berkelengkapan sebuah telefon pintar, para mojo ini biasa sahaja menulis laporan, memaparkan gambar serta menghasilkan video. Mojo dilihat sebagai kewartawanan masa hadapan.

Kemunculan KitaReporters bermatlamat "Kini Semua Boleh Jadi Reporter". Portal ini akan berusaha  menetapkan garis etika yang tinggi dan mulia. Portal ini mahu nilai integriti dan kredibiliti disanjung. Portal ini berharap para reporternya menunjukkan sikap profesionalisme yang baik.

Ayuh semua. Kita semua reporter. Kita adalah reporter. KitaReporter.

Boleh join dengan menghantar emel ke editor@kitareporters.com. - KitaReporters.com

27
1
0
1
0
You will be interested