Berita Terkini 08 Nov, 2019

DUA KALI AGONG CEMAR DULI TANYA KHABAR

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this

KEPRIHATINAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar duli bertemu dengan dua mangsa kejadian kemalangan di Cyberjaya dan Putrajaya sekali lagi menjadi testimoni baginda adalah seorang yang mesra dan berjiwa rakyat.

Nahas di Cyberjaya.


Perkara itu jelas terbukti apabila Al-Sultan Abdullah sanggup berhenti di lebuh raya dan melangkah pembahagi jalan besi untuk bertemu dengan pemandu dan melihat sendiri insiden yang berlaku itu.

Menerusi laman Instagram @istana_negara, memaklumkan dalam perjalanan pulang daripada Mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya, Al-Sultan Abdullah turun kenderaan rasmi sebanyak dua kali untuk bertemu dan bertanyakan khabar dengan pemandu-pemandu yang  terbabit dengan kemalangan.

Video dipaparkan itu menerima lebih 30,000 sukaan (love) dan lebih 1,000 komen daripada netizen yang rata-rata memuji keprihatianan Al-Sultan Abdullah mencemar duli bertemu rakyat yang ditimpa kesusahan. 

Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya, manakala kedua pula di Plaza Tol  Maju Expressway (MEX) di Putrajaya.

Nahas di Putrajaya.


Dalam pada itu, Seri Paduka turut menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya  untuk berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.

Seorang wanita berasal dari Pahang atie_malik memberi komen, "hilang panik sebab Tuanku berhenti bertanya keadaan mangsa. Ceriakan sedikit keadaan agaknya apabila mangsa sempat minta izin bergambar. Alhamdulillah dengan Seri Paduka Baginda terkini yang memang sangat prihatin."


Bagi @Nursuaidah yang turut berkongsi kesedihan dengan mangsa menulis, "dari kemalangan pastu sedih, marah dan apa jua rasa, tiba-tiba jadi tersenyum sebab Yang Di Pertuan Agong ada."

Tidak kurang juga ada netizen yang  menitipkan doa buat Al-Sultan Abdullah yang ditulis seorang lelaki @Mohamadnazrin666, "lindungilah Raja kami ya Allah."

@Shahrulbaha yang memberi komen, turut mengirimkan doa buat Baginda, "Mulianya Al-Sultan Abdullah sampai rakyat kesusahan tengok muka Sultan pun tersenyum gembira .. Semoga Allah merahmati Tuanku dan Raja Melayu yang baik dan tidak sombong....Amin."

Sementara itu, @etleshal turut memberi pujian," sayang Al Sultan Abdullah sangat, Daulat Tuanku ( love this King so much, Daulat Tuanku)." 

6
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago