Terkini 07 Nov, 2019

TUNKU AZIZAH DIIKTIRAF IKON SENI KRAF NEGARA

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

1

Share this
UMUM mengetahui mengenai kehebatan, keunikan dan keaslian seni kraf tangan di Malaysia yang mampu mengangkat nama negara ke pentas antarabangsa.


Maka tidak hairanlah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan penuh kesantunan berkongsi kepada dunia mengenai usaha kerajaan dalam memelihara dan memulihara khazanah seni itu pada 7th ASEAN Traditional Textiles Symposium 2019 di Yogjakarta, Indonesia pada Selasa (5/11/2019) lalu.

Menerusi simposium yang bermula pada 5 hingga 8 November itu, baginda bertitah mahu berkongsi khazanah kraf dan seni di Malaysia kepada seluruh dunia.


"Saya berbangga dengan dengan khazanah kraf dan seni negara saya. Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi begitu mengambil berat dalam menjaga seni warisan seperti tenun, songket dan batik.

"Atas dasar itu kerajaan menubuhkan institusi pendidikan seperti Institut Kraf Negara (IKN) dan di Pahang khususnya, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) agar ia dapat diwarisi generasi akan datang," titah baginda pada simposium yang dihadiri peserta dari pelbagai negara.

Seramai 23 pakar tekstil tradisional dari 16 buah negara hadir termasuk Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan, Jepun, China, Filipina, Brunei, Laos, Vietnam dan Kemboja.

Sebaik sahaja bertitah baginda mendapat tepukan cukup gemuruh daripada para peserta yang turut memuji usaha baginda dalam mengangkat seni kraf negara terutama tenun sehingga diberi pengiktirafan sebagai Tenun Pahang Diraja.

Apa yang lebih membanggakan apabila usaha baginda dan kerajaan mengumpul semua teknik serta corak seni kraf untuk didokumenkan.

Semua itu dilaksanakan agar menjadi rujukan kepada para pelajar dan generasi muda serta akan datang dalam usaha memartabatkan seni kraf warisan negara.


Perkongsian baginda menerusi sebuah video ringkas titah baginda turut mendapat perhatian warganet yang berbangga dengan usaha baginda.

"Baginda telah menaikkan nama Malaysia pada pentas antarabangsa menerusi seni kraf tangan," komen seorang pengikut baginda di laman Twitter peribadi Tunku Azizah.

You will be interested

"JANGAN MARAH McD"... GARA-GARA CHEESEBURGER

Semuanya gara-gara 'cheeseburger' yang dibeli Puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan hanya diberikan roti dan cheese sahaja tanpa kepingan daging.

Zamzurina Ahmad in Terkini 2 weeks ago

BILA ULAR TEDUNG KEJAR ULAR RUSUK KERBAU...

Seorang anggota bomba ternampak seekor ular tedung selar mengejar seekor ular rusuk kerbau. Ular berkenaan kemudian memasuki ke bahagian enjin kereta
Abdul Rashid Abdul Rahman in Terkini 2 days ago

TAK SERIK DIPENJARA, KEMBALI MENYAMUN

Empat penjenayah dikenali sebagai 'Geng Li Serama' berumur 30 hingga 47 tahun yang mempunyai rekod lampau ditahan di Jalan Triang, Bera, Pahang pada 2 November lalu
Abdul Rashid Abdul Rahman in Terkini 2 days ago

DUA KALI AGONG CEMAR DULI TANYA KHABAR

Al-Sultan Abdullah berhenti di lebuh raya dan melangkah pembahagi jalan besi untuk bertemu dengan pemandu dan melihat sendiri insiden yang berlaku
Samadi Ahmad in Terkini 3 days ago

[VIDEO] MANGSA KORBAN: PEKERJA VS JENAMA

Jenama perlu diselamatkan, maka itulah sebabnya, 70 peratus kepentingan Dilof yang memiliki jenama empat akhbar Kumpulan Utusan dijual kepada Aurora Mulia.
Mohd. Hazli Hassan in Terkini 1 week ago
v