Alam & Sains 23 Jan, 2023

Video| Buaya bantu cari mangsa lemas? Hantar jasad kanak-kanak kepada ibu bapa! Tiada tanda digigit!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

BUAYA sepanjang tiga meter membawa mayat kanak-kanak yang dipercayai mati lemas untuk diserah kepada keluarga mangsa di Kalimantan Timur, Indonesia pada 20 Januari 2023. - Kredit foto: detiksemut


SEEKOR buaya sepanjang tiga meter dipercayai turut `membantu’ mencari seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Mahakam, Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia apabila haiwan itu menghantar jasad kanak- kanak terbabit ke pangkuan ibu bapanya di pinggir kali pada pagi 20 Januari 2023. 

Sebelum itu, kanak-kanak malang berusia empat tahun bernama Muhammad Ziyad Wijaya diduga terjatuh ke dalam sungai ketika dia sedang bermain di belakang rumahnya pada 18 Januari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan buaya


Susulan kehilangan mangsa, keluarganya telah membuat laporan ke Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) Wilayah Samarinda untuk mendapatkan khidmat mencari kanak-kanak itu.

Usaha mengesan mangsa dilakukan oleh Basarnas di lokasi terakhir Muhammad Ziyad terjatuh dengan menggunakan bot, penduduk kampung dan pencarian melalui udara, lapor portal tvstv.my pada 20 Januari 2023.  

Namun, selepas dua hari kejadian tersebut, mayat Muhammad Ziyad yang masih sempurna dan utuh dipercayai mati lemas telah dihantar oleh seekor buaya dengan jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian. 


PETUGAS SAR mencari mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Mahakam, Kutai Timur, Kalimantan Timur. - Kredit foto:  tvsty.my



Sebelum itu, warga melihat buaya terbabit membawa mayat kanak-kanak itu di atas belakangnya berenang menghampiri ke pinggir sungai. 

Ketika haiwan itu menghampiri keluarga mangsa  berada di tepi sungai yang turut sama mencari mangsa hilang, jasad kanak-kanak terbabit dilepaskan oleh buaya itu sebelum dibawa beberapa warga ke daratan.

``Warga percaya mangsa mati lemas akibat terjatuh ke dalam sungai ketika dia sedang bermain di belakang rumahnya sebelum dibawa arus. 

``Warga juga tidak terfikir bahawa Muhammad Yizad ditangkap atau disambar buaya itu ketika dia sedang bermain kerana tiada kesan gigitan dan luka pada mayat mangsa,’’ ujar jurucakap Basarnas.

Kejadian itu dianggap aneh dan menjadi perbualan dalam kalangan orang ramai di negara itu yang begitu kagum dengan kuasa Allah. - KitaReporters


 

18
16
0
18
0
You will be interested