Sukan 22 Oct, 2019

PANTANG MENYERAH, AZIZULHASNI MUNTAH SEBELUM MENANG EMAS

@ahmad shazwan md yusof
Freelance writer/blogger. Melaka United Media editor. Former Online Reporter at Utusan Online.

Share this
DI SEBALIK kejayaan meraih pingat emas acara pecut Asia semalam (21/10/2019), jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya terpaksa menempuh kesengsaraan sebelum meraih kejuaraan menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto.

Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkata, selepas kalah tipis pada pusingan pertama, dia kehabisan tenaga dan kepenatan. 

Katanya, disebabkan badan yang penuh dengan asid laktik hasil dari kerahan pecutan sebelum itu, dia terus ke tandas dan muntah. 

Nasib Azizulhasni baik apabila seorang lagi pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom yang kebetulan berada di dalam tandas turut membantunya.

"Saya cuba mengawal pernafasan dan buat segala cara untuk pulih seperti biasa. Pertarungan kali ini adalah untuk merebut takhta juara Asia peribadi saya buat kali ke-10. 

"Satu pencapaian yang belum pernah dicapai pelumba lain dan paling penting itu adalah impian dan misi peribadi saya. 

"Saya bercakap dengan diri sendiri, memberitahu otak supaya jangan mengalah dan jangan biarkan musuh anda merampas impian tersebut," katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini (22/10/2019).

Mengulas lanjut, Azizulhasni berkata, pada perlumbaan kedua, Wakimoto mengajaknya berlumba pada kelajuan yang tinggi sehingga memaksanya menunggu sehingga selekoh terakhir sebelum memotong pelumba tersebut.

"Selepas mengerahkan segala kudrat yang ada, saya memenangi perlumbaan dan kami akan ke pusingan penentuan. Catatan masa perlumbaan sengit itu adalah 9.824 saat. Kalau anda bukan pelumba, reaksinya adalah okey. 

"Tetapi reaksi bagi pelumba adalah seperti cerita ‘The Mask’ kalau anda masih ingat di mana kedua biji mata terkeluar, mulut terbuka luas, ‘jaw dropping’ dan lidah terkeluar habis, laju tu. 

"Dalam dunia pecut-memecut (basikal trek), kalau catatan masa di bawah 10 saat memang orang gila punya kerja. Memang saya gila pun tetapi saya gila waktu berlumba," ujarnya.

9
1
1
0
0
You will be interested

'SUPER MARIO' BUAT HAL!! ROSAKKAN KAMERA

Ketika berjalan keluar, Mario Balotelli melepaskan geramnya apabila memukul dengan kuat kamera yang diletakkan di atas tripod di tepi padang.

Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 4 years ago

KERANA FUTSAL, 600 ALUMNI UUM BERKUMPUL

KARNIVAL Futsal Alumni UUM 2019 di Uptown Sport Bangi, Selangor pada hari Sabtu (17/11/2019) yang lalu mengumpulkan seramai lebih 600 mantan pelajar.
Editor 1 in Sukan 4 years ago

SNBJ FULL HOUSE! AWASI LAMBAKAN PENYOKONG

Malam esok (19/11/2019), dianggarkan sekitar 85,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kuota hanya 2,500 tiket diperuntukkan buat penyokong Indonesia.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 4 years ago

AL-SULTAN ABDULLAH JADI PENAUNG DIRAJA SAM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan untuk menjadi Penaung Diraja SAM
Editor 1 in Sukan 4 years ago

[VIDEO] AHLI FISIOTERAPI PUN KENA KAD KUNING

Ahmad Ibrahim Ahmad Jaafar yang bertugas sebagai ahli fisioterapi bagi FAM dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan
Mohd. Hazli Hassan in Sukan 4 years ago