Sukan 07 Nov, 2019

WOW! ANNA CAIRKAN JURI LUNCUR AIS AMERIKA

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan cawangan Kuala Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

2

Share this
MELIHAT aksi lincah, Anna Shcherbakova ketika beraksi di gelanggang ternyata memukau!

Remaja 15 tahun itu akhirnya muncul menjadi wanita pertama yang melengkapkan dua lompatan ‘quadruple Lutz’ menerusi pertandingan Skate America 2019 (Luncur Ais Amerika 2019) dan sekali gus menjuarai gelaran Grand Prix seniornya yang pertama di Amerika Syarikat.

 


Dalam pertandingan Skate America 2019 yang berlangsung Las Vegas, hujung bulan lepas, Anna berjaya mencuri perhatian juri dengan melakukan quad Lutz, kombinasi ‘triple toe’ dan diikuti dengan quad Lutz secara solo dengan sempurna.  

Lebih memukau, kostumnya yang digayakan juga bertukar warna sekelip mata turut membuat juri dan penonton yang menyaksikan tidak berkelip mata.

Memetik en.goodtimes.my, Anna pada awal penampilan mengenakan kostum berwarna biru sepanjang separuh masa pertama sebelum Anna menambah gimik pada persembahannya apabila kostumnya bertukar kepada warna merah dengan pantas sebaik sahaja pusingan selesai dilakukan!

Lebih mengujakan remaja tersebut berjaya mempamerkan aksi ‘triple’ Lutz, gelungan dan pusingan sebanyak dua kali berturut-turut.


Aksi memukau sepanjang lapan minit ternyata mencairkan hati juri dan memperoleh jumlah mata keseluruhan sebanyak 227.76, sekali gus melayakkan dirinya muncul sebagai juara.

Remaja kelahiran Rusia itu mengakui dia sangat teruja menyertai pertandingan, namun dalam masa sama muncul perasaan takut untuk beraksi di pentas besar.

“Saya sangat teruja untuk meluncur pertama kali di Grand Prix Senior ini, tapi dalam masa berasa sedikit gementar namun semuanya berjalan dengan lancar seperti yang saya impikan.

“Jurulatih saya juga membantu saya membuat persembahan yang terbaik,” katanya.

Anna juga berkongsi dia berpuas hati dengan persembahan walaupun mengakui penat melakukan latihan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami kerap berlatih untuk aksi ini pada setiap kali sesi latihan. Saya gembira kerana berjaya lakukannya,” tambah Anna.

Dalam masa sama, Anna menaruh harapan untuk terus ‘terbang’ tinggi dalam dunia ini dan dapat melakukan aksi lompatan paling sukar dalam acara luncur ais bebas iaitu ‘triple axel’ dalam persembahannya akan datang.

Semoga apa yang diidamkan Anna mampu digapai.

Selamat maju jaya buat Anna!

Jom kita tengok kehebatannya menerusi video ini yang telah disaksikan lebih 900,000 penonton di YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=uGCgJlDbZ4M


You will be interested

UNITED, REAL DAN BARCELONA REBUT HALAND

ERLING HAALAND, penyerang muda berusia 19 tahun, kini menjadi rebutan kelab gergasi Eropah selepas mencipta rekod menakjubkan 20 gol dalam hanya 13 perlawanan.
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 2 weeks ago

NAK TAHU 20 PERTAHANAN TERBAIK? TANYA FIFA20...

Senarai 20 pemain pertahanan yang mempunyai rating tertinggi dalam FIFA20. Senarai penuh adalah seperti berikut:
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 2 weeks ago

PANTANG MENYERAH, AZIZULHASNI MUNTAH SEBELUM MENANG EMAS

DI SEBALIK kejayaan meraih pingat emas acara pecut Asia, Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya terpaksa menempuh kesengsaraan sebelum meraih kejuaraan
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 2 weeks ago

BIKIN PANAS... VAN DER VAART LABEL MAGUIRE 'AMATUR'

BEKAS pemain tengah Tottenham Hotspurs dan Belanda, Rafael van der Vaart Rafael mencetus kontroversi apabila melabel pertahanan termahal Manchester United, Harry Maguire sebagai 'amatur'
Ahmad Shazwan Md Yusof in Sukan 2 weeks ago
v