Selera & Santai 21 Mar, 2023

Kena try ni! Sambal bilis garing! Sumber rezeki Suhaimi dan Ana! Suami isteri sepakat bawa berkat!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this

Bekas bilis garing yang siap untuk diedar.


Pada saat ada pasangan suami isteri yang berantakan, keserasian pasangan ini mencari rezeki sangat dikagumi. Sama-sama minat berniaga, sanggup berjaga dan bangun awal pagi menjadi rutin hidup mereka.

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan sejak mula berkahwin, mereka kini berbangga kerana berjaya mengeluarkan produk sendiri.

Muhammad Suhaimi Bahari, 36, dan isterinya Rohana Abdul Rahim, 34, mula berniaga kecil-kecilan  sejak 10 tahun lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan sambal

Suhaimi Bahari dan Rohana Abdul Rahim bersama anak mereka Muhammad Fawwaz Zafran dan Siti Aisyah Aaira. 


"Alhamdulillah. Kami gembira dengan cara hidup begini. Tambahan pula kami berdua memang sangat berminat dengan berniaga, " kata Suhaimi.

Dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Fawwaz Zafran, 9; dan Siti Aisyah Aaira, 5 , pasangan suami isteri ini selesa dengan kehidupan mereka sekarang.

Menurut Suhaimi mereka mula berniaga pada 2013 di pasar Kampung Berjaya, Alor Setar.

"Pada mulanya kami hanya berniaga nasi lemak dan nasi berlauk serta kuih muih yang diletakkan di gerai kami.

"Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Setiap hari jualan habis. Ramai pelanggan suka dengan masakan kami terutama sambal ikan bilis," tambah Suhaimi .


Tempahan nasi juga diterima oleh Suhaimi Dan Rohana


Melihat kepada sambutan tersebut kata Suhaimi mereka kembangkan perniagaan dengan membuat katering. 

"Pada peringkat awal, kami hanya menerima tempahan bawah 200 orang sahaja. Takut tidak terbuat.

"Tapi jika sudah rezeki Allah hendak bagi siapa kita hendak menolaknya. Akhirnya katering kami juga mendapat perhatian dan kami menerima tempahan sehingga 500 orang," jelas Suhaimi .

Ujar Suhaimi lagi, setelah berfikir, mereka suami isteri mengambil keputusan untuk mencari satu menu tetap yang boleh dijadikan produk dalam perniagaan mereka.

"Memandangkan sambal ikan bilis hasil air tangan isteri saya selalu habis dan mendapat pujian, kami mengambil keputusan menjadikan ia produk utama dalam perniagaan. Cuma dikeringkan supaya garing dan tahan lama..

"Maka lahirlah jenama Sambal Garing Bilis Kak Ana mengambil sempena nama isteri saya Rohana," cerita Suhaimi.


Rohana sedang mengisi Sambal bilis garing yang telah siap ke dalam bekas.


Pertama kali buat sambal ikan bilis garing ini mereka suami isteri merasa bimbang takut tidak ada sambutan. Tapi alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat.

Menurut Suhaimi walau proses membuat mengambil masa  dua jam, mereka tidak rasa penat dan berpuas hati dengan hasilnya. 

"Syukur pada Allah, sambutannya diluar dugaan," jelas Suhaimi.

Dalam sehari kata Suhaimi mereka memasak 15kg ikan bilis dan dapat menghasilkan 70 bekas yang dijual dengan harga RM10.

Alhamdulillah, tempahan juga meningkat setiap hari. Dari 100 bekas jadi 200. Begitulah seterusnya hingga sekarang mencecah 1000 bekas. Pelanggan juga datang dari seluruh Malaysia.

Mereka juga sudah ada stokis yang mengedar Sambal Bilis Garing Kak Ana di Alor Setar, Jitra, Perlis, Langkawi, Taiping, Kuala Lumpur an Johor.



Pada masa sama mereka masih menerima tempahan makanan untuk majlis majlis kecil kepada yang berhajat di samping meneruskan perniagaan makanan termasuk nasi lemak  di Kopitiam P10, Alor Setar, Kedah.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi untuk kami sekeluarga. Terima kasih kepada isteri saya Rohana yang menjadi tulang belakang di sebalik perniagaan ini. 

"Tanpa dia mungkin kami tidak sampai ke tahap ini.,"  ujar Suhaimi.

Seperti orang lain, Suhaimi berharap satu hari nanti dengan izin Allah mereka mampu membuka sebuah kilang untuk mengembangkan perniagaan Sambal Bilis Garing Kak Ana.

Bagi mereka yang berminat untuk memesan Sambar Bilis Garing Kak Ana boleh menghubungi Suhaimi menerusi talian 017 5807633. - KitaReporters


Kiosk jualan Suhaimi di Kopitiam P10 Alor Setar 

15
12
0
7
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago