ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengah hari.
Kongsi minda bersih jiwa.
Gambar dari https://pixabay.com/id/
Renungan.
Ketepikan emosi
Senang kita tak sama dengan senang orang.
Semua orang hendak berjaya.
Tapi mampukah kita?
Kejayaan itu ada, jika kita berusaha.
Ia perlu dicari, bukan menanti.
Tanamkan dalam minda untuk terus berjalan tanpa henti. Ketepikan emosi.
Perjalanan jauh banyak cabaran. Banyak juga pengalaman. Lambat kita ketinggalan. Cepatkan langkah, gandakan semangat.
Carilah kejayaan untuk semua orang yang kita sayang.. sekalipun kita harus memutuskan pergi dari kehidupan mereka kerana terpaksa.
Semua orang hendak berjaya.
Hendak hidup senang. Tapi ia bukan kerja kita. Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Jangan mimpi hendak berjaya tapi malas usaha.
Bantu diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Jangan bergantung kepada orang. Susah kita tak sama dengan orang. Senang orang tak sama dengan kita.
Ingatlah..
Yang penting, kelapangan hati untuk melakukan yang terbaik dan mencipta sesuatu yang luar biasa.
Allah selalu menjanjikan yang terbaik, namun yang terbaik tidak akan mudah diperoleh tanpa usaha.
Setiap keringat yang keluar dari tubuh ada ganjaran yang Allah bagi . Oleh itu rebutlah ganjaran itu buat penambah saham akhirat.
❤️🌹Air yang menitis setiap hari ke atas batu mampu menjadikan batu itu terbelah dua! Apa lagi kita manusia ❤️🌹