Politik & Negara 29 Jan, 2023

Video| KJ DJ? DJ KJ? KJ penyampai radio Hot FM? Tawaran kerja raih perhatian! Tapi macam tak sesuai?

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


TAWARAN kerja yang dibuat oleh stesen radio tempatan, Hot FM buat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin susulan pemecatan beliau dari parti tersebut telah mencuri perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hot FM dalam halaman rasmi Facebook, kelihatan stesen radio itu menyertakan surat tawan kerja sebagai penyampai radio melalui segmen Bekpes Hot untuk digandingkan dengan Johan, Fara Fauzana dan AG selaku hos segmen tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyampai radio


“Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan kedatangan penyampai-penyampai baharu. Kami percaya gandingan terbaharu ini bakal menjadi gandingan yang hangat dan terbaik.

“Kami berbesar hati dan berharap Tuan Khairy Jamaluddin menerima tawaran ini,” ujarnya.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan pelbagai pendapat atas tawaran kerja yang dibuat oleh stesen radio itu dengan menyatakan bekas Menteri Kesihatan lebih sesuai dijemput sebagai tetamu segmen.



Selain itu, orang ramai turut menyatakan tawaran yang dibuat telah terlewat berikutan KJ telah menerima tawaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

“Sebagai tetamu undangan ok, kerana dia mempunyai buah fikiran yang baik untuk dikongsikan, lagipun beliau mempunyai bakat yang lebih berbadnding sesuatu yang berkaliber,” kata Ninie Aqif.

“KJ jadi DJ? Tidak, sebagai tetamu boleh,” jelas Cik Puan Sham.

“Macam sudah terlambat sahaja tawaran ini, KJ sudah bergerak ke selatan,” tulis Adinda Zakiah . - KitaReporters




11
12
0
10
0
You will be interested