Bisnes & Ekonomi 12 Sep, 2019

BULAN KEMERDEKAAN: KITKAT PERKENAL PERISA ROTI CANAI & KARI

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
SEMPENA sambutan ulang tahun ketiganya, peneraju jenama konfeksioneri coklat di Malaysia, KitKat - melalui kedai flagship KitKat Chocolatory - melancarkan perisa terbaharunya, KitKat Roti Canai dan Kari bertempat di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor hari ini (12 Sept).

Sachin Goel (kiri) dan Juan Aranois (tengah) memperkenalkan perisa terbaharu keluaran KitKat Chocolatory pada majlis pelancarannya di Sunway Pyramid, Selangor hari ini (12 Sept).


Bersesuaian dengan musim patriotik bulan ini iaitu ketika negara menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, KitKat Chocolatory turut memperkenalkan tiga lagi perisa unik terbaharu yang diilham berdasarkan sarapan kegemaran rakyat Malaysia iaitu KitKat Nasi Lemak, KitKat Cendol Durian dan KitKat Kopi & Kaya Crunch.

(Dari kiri: ) KitKat Roti Canai & Kari; KitKat Kopi & Kaya Crunch; KitKat Cendol Durian dan KitKat Nasi Lemak.


Kesemua KitKat perisa terbaharu yang merupakan edisi terhad ini hanya akan disediakan secara eksklusif di kedai pop-up KitKat Chocolatory mulai hari ini hingga 6 Oktober depan.

Disediakan secara eksklusif oleh senarai Chef Creation, ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi.

"Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan salah satu keistimewaan negara ini adalah makanannya yang diinspirasikan daripada pelbagai tradisi.

"Oleh itu, kami ingin menonjolkan kepelbagaian ini dengan memperkenalkan perisa kegemaran edisi terhad yang boleh menjadi kebanggaan rakyat Malaysia," ujar Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad dalam kata-kata aluan ringkasnya.

Turut bersamanya Sachin Goel, Pegawai Eksekutif, Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksioneri (Pasaran ASEAN), Nestle (Malaysia) Berhad serta dua selebriti jemputan, Elizabeth Tan dan Nabila Razali.


Elizabeth Tan (gambar atas) dan Nabila Razali (bawah) dijemput bersama mencipta KitKat mengikut cita rasa sendiri.


Menurut Sachin, KitKat sentiasa mencuba dan memperkenalkan inovasi dalam mencipta perisa baharu kegemaran rakyat Malaysia seperti  KitKat Nasi Lemak dan Ais Kacang,

"Kali ini kami ingin mencipta sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sempena sambutan yang simbolik untuk tanah air kita, iaitu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 

"Sehubungan itu, kami menghasilkan KitKat Roti Canai & Kari serta pelbagai perisa lain yang diilhamkan daripada makanan kegemaran semua kaum di Malaysia ini," jelas Sachin kepada media yang hadir.

Selain rangkaian edisi terhad Chef Creation berkenaan, KitKat Chocolatory turut memperkenalkan perisa lain sebelum ini seperti Onde-Onde Tradisional, Sirap Bandung, Apam Balik dan AIs Kacang.

Malah turut dicipta coklat KitKat yang diinspirasikan daripada kuih bulan seperti Kacang Merah, Pandan Telur Asin, Tiramisu dan Durian Kulit Salji.

Sekiranya anda seorang penggemar coklat yang terkenal dengan taglinenya 'take a break' ini, tentu maklum bahawa melalui kedai pop up KitKat Chocolatory, anda boleh membuat tempahan khas dalam kotak pilihan yang diselaraskan mengikut cita rasa sendiri malah mengikut apa jua situasi sambutannya KitKat mampu mencorakkannya.

Untuk rekod, dalam beberapa tahun ini, KitKat telah menghasilkan lebih 40,000 'Create Your Own' (cipta sendiri) KitKat, sekali gus menghasilkan lebih 100 ciptaan unik KitKat.

Maklumat lanjut mengenai edisi terhad KitKat sempena sambutan Hari Malaysia ini boleh layari https://www.nestle.com.my atau https://www.facebook.com/KitKatMalaysia/.

Beberapa perisa unik yang dihasilkan oleh KitKat Chocolatory sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.


Sachin dan Juan menghasilkan KitKat ciptaan sendiri menggunakan perisa-perisa yang ada di kedai pop up KitKat Chocolatory di Sunway Pyramid. Anda juga boleh mencubanya di sana.


1
0
0
0
0
You will be interested