Bisnes & Ekonomi 21 Jan, 2023

Syabas stesen minyak Caltex! Beri petrol percuma dan agih barangan dapur! Untuk mangsa banjir Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SIKAP prihatin seorang pengusaha sebuah stesen minyak yang peka terhadap penduduk daerah Besut, Terengganu yang terkesan dengan kejadian banjir dengan menunaikan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) mendapat pujian penduduk setempat. 

Program pemberian petrol percuma kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal serta pengagihan barangan keperluan dapur kepada penduduk sempena Hari Mesra Pelanggan Caltex di stesen minyak Caltex Seberang Jertih, Besut menjadi satu penghargaan syarikat tersebut kepada komuniti daerah itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen-stesen minyak

Razali Mohamad (kiri) bersama pengurusan syarikat pada majlis pelancaran pemberian petrol percuma kepada pemilik kenderaan


Razali Mohamad


Syarikat Kristal Group (Caltex) yang memiliki lima stesen minyak tersebut di negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program mendekati komuniti ketika mereka menghadapi  suasana hidup yang suram. 

Pengarah Urusannya, Razali Mohamad berkata, pihaknya terpanggil untuk berkongsi rezeki hasil daripada perolehan perniagaan untuk menyumbang sedikit barangan keperluan kepada penduduk di daerah Besut yang terkesan teruk akibat banjir besar yang melanda daerah itu pada Disember 2022. 

Katanya, sempena hari tersebut pihaknya menawarkan dua liter petrol secara percuma kepada pemilik kenderaan yang mengisi minyak bernilai RM30 serta petrol percuma kepada semua penunggang motosikal. 


Faizah Abd Samad menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada seorang mangsa banjir


Menurut Razali, menerusi program itu, ia bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk daerah Besut mendapat tambahan petrol percuma malah pemandu dari luar yang singgah mengisi minyak di stesen tersebut juga turut mendapat manfaat,

Beliau berkata, program bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang pada 18 Januari 2023 yang julung kali ditawarkan kepada orang ramai mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh program berjalan.

Selain itu, katanya, seramai 120 mangsa banjir sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera dan DUN Jertih, turut mendapat sumbangan barangan keperluan dapur dan sejumlah wang tunai sumbangan syarikat tersebut.


Orang ramai yang hadir untuk menerima sumbangan barangan barangan dapur di Stesyen Minyak Caltex, Seberang Jertih


Pengagihan sumbangan tersebut dilakukan oleh Pengarah Caltex Kristal Plus Sdn Bhd, Mazlina Mustapha dan Pengurus Runcit Kawasan Utara/Timur Chevron Malaysia Limited, Faizah Abd Samad serta Pengarah Trivinus SB, Arif Abu Hasan. 

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk membalas budi pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada stesen minyak tersebut,” katanya. - KitaReporters


Mazlina Mustapha (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang mangsa banjir

13
14
1
12
0
You will be interested