Menarik 06 Nov, 2019

TAK MENGALAH, TERUS BERUSAHA, WALAU DIUJI

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan cawangan Kuala Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

4

Share this
DALAM menjalani kehidupan pasti kita diuji, selagi bernama manusia kita tetap diuji dan ujian yang yang diberi itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.


Namun setiap orang diuji oleh Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya.

Terbaru posting dalam laman Facebook, kisah mengenai seorang pejuang kanser yang terus melawan sakitnya dan tidak mengalah dengan ujian yang diterima menarik tumpuan netizen.

Walaupun disahkan menghidap kanser, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal  tetap berusaha dan tidak mengalah.

Malah anak muda itu tetap cekal mencari rezeki dalam menampung keperluan hidup, selain berusaha mencari dana untuk membeli mesin oksigen demi keperluan dirinya.


Kisah perjalanan lelaki kelahiran Alor Star, Kedah itu  dikongsi oleh rakannya, Mira Jamal menerusi akaun Facebook, Mira Jamal Jay Kay yang kagum dengan usahanya serta tidak cepat mengalah biarpun dilanda musibah.

Budin disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak September lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menurut Mira, Budin seorang yang sangat tabah dan tidak suka meminta-minta, biarpun dia seorang penghidap kanser dan pernah koma, tapi dia tetap tidak mahu mengalah.


Kini biarpun terlantar di katil dan bergantung kepada oksigen tetapi dia tetap rajin mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan menulis tag nama khat. 

Biarpun dalam keadaan kekurangan, tetapi kerja tangan anak muda itu sangat kemas dan cantik.

Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru kini tidak lagi mampu untuk bekerja berikutan keadaan dirinya yang bergantng kepada mesin oksigen 24 jam.

Namun dalam kesengsaraan yang dilalui, Budin tetap gigih mencari rezeki dan tidak bergantung kepada orang lain bagi menampung perbelanjaan.


Menerusi perkongsian tersebut, Mira merayu netizen supaya dapat meringankan beban Budin dan merealisasikan impian untuk membeli mesin oksigen supaya Budin dapat kembali ke rumah bersama anak-anaknya.

Mala hmenjenguk dalam Facebook, ternyata Budin seorang individu yang sangat positif, langsung tiada keluhan berkaitan kesakitan yang diharungi, sebaliknya kata-kata semangat memenuhi ruang dalam laman Facebook peribadinya.

Sebagai rakyat yang hidup secara muhibah, tidak salah kalau kita membantunya, jika bukan dengan wang ringgit tapi mungkin dengan sokongan.

Bagi yang berkemampuan, apa salahnya jika kita menyokong dan membantu Budin dengan menempah tag nama berkenaan dan bagi yang mahu membuat tempahan, boleh layari akaun Instagram @t_biduanda

Hasil kerja tangan guru muda itu bermula dengan harga RM12 untuk tag nama jenis pin dan RM15 pula untuk tag nama jenis magnet. 

Semoga Allah permudahkan urusan Budin serta keluarga dan mereka dapat terus bersama dalam keadaan yang bahagia serta sihat walafiat. Amin!!

You will be interested

INI MAYANGSARI, SI PEMBURU 'MAKHLUK GHAIB'

SEBAIK melangkah masuk ke rumah pesakit ini, terjonggol seekor entiti gelap, tak ada mata. Lubang biji matanya kosong hitam pekat, menjeling tajam. Kemudian mengekori kaki Mayangsari

Kartini Mohd Noor in Menarik 2 weeks ago

"PUAN.. PEMANDU INI CACAT PENDENGARAN"

Nama Pemuda ini, Muhammad Syahmi Bin Sofian. Dia dari Taman Ampangan, Negeri Sembilan. Syahmi antara 300 pemandu Grab di seluruh negara yang ada kecacatan
Kartini Mohd Noor in Menarik 1 week ago

SANTAU GUNA KACA.. HANTU DALAM BOTOL..

Kilauan kaca seakan air jernih. Berteraburan di atas alas kain hitam yang dibentangkan di atas lantai ketika rawatan tradisional dilakukan
Kartini Mohd Noor in Menarik 1 week ago

JATUH BANGUN SEORANG GUNDIK DIRAJA

Sineenat Wongvajirapakdi dilaporkan tidak kelihatan sejak beberapa hari sebaik dipecat dan ditanggalkan gelaran diraja, Yang Mulia
Kartini Mohd Noor in Menarik 1 week ago

OH IBU! KU SERAHKAN GAJIKU KEPADAMU..

Habil, seorang anak yatim dari Kuala Lipis yang mencari rezeki di ibu kota didapati sedang memasak nasi di bawah meja di tempat dia bekerja.
Zuhayati Yazid in Menarik 1 week ago
v