Menarik 22 Oct, 2019

COMELNYA! YANG DIPERTUAN AGONG MANJA DENGAN KUCING

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
"BERTUAHNYA KUCING...
NAK JADI KUCINGLAH..."



Antara komen warganet yang 'cemburu' melihat anak kucing peliharaan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mendapat perhatian ramai.

Terkini, tular dalam media sosial anak kucing yang diberi nama Ku Jeling dibelai manja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ketika berehat di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak kucing berkenaan juga dilihat begitu selesa dan jinak apabila berada pada dada baginda.

Terserlah nilai kasih sayang baginda yang diketahui umum sebagai raja yang cukup penyayang bukan sahaja dengan rakyat jelata.

Momen menarik itu dimuat naik oleh Raja Permaisuri Agong dalam ciapan Twitter baginda sendiri, @cheminahsayang yang kemudiannya menjadi tular dikongsi pelbagai lapisan masyarakat.

Pada 6 September 2019, Raja Permaisuri Agong mencemar duli berangkat membeli dua ekor anak kucing di sebuah kedai di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Kucing berkenaan dinamakan Tunku Azizah dengan nama Ku Jeling dan Ku Juling

.Detik-detik menarik ketika baginda membeli anak kucing tersebut sempat dirakamkan oleh wartawan dari Unit Komunikasi Dan Media Pahang, Mahathir Ali yang kebetulan berada di kawasan itu.

Bidikan lensa Mahathir Ali itu turut menjadi tular dan dikongsi puluhan ribu warganet.


23
0
0
0
0
You will be interested

KERANA MORTAR BOARD, GRADUAN JADI 'FAMOUS'

Bagi seorang graduan UKM, Lee Hui Fen, satu kejadian yang tidak disangka telah berlaku kepada dirinya sewaktu Majlis Konvoksyen UKM Ke-47

Samadi Ahmad in Menarik 4 years ago

MENGENALI PUTERA TAMPAN, TINGGI LAMPAI

Ketampanan dan sikap merendah diri Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah buatkan baginda amat disenangi rakyat
Rashid Rahman in Menarik 4 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 4 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 4 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 4 years ago