Menarik 26 Oct, 2019

YOB!! IGUANA NAIK MOTO BIKIN PANAS DI IPOH

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this

TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang sering membawa haiwan iguana peliharannya bersiar-siar menjadi tarikan ramai. 


Lelaki berusia dari bandar Ipoh itu sering dilihat membawa haiwan peliharannya melekat di bahagian belakang badan malah dikatakan sangat manja dan mesra dengan pemiliknya.

Menerusi paparan video berdurasi sembilan saat di laman Twitter itu, haiwan eksotik itu melekat pada bahagian badan seorang penunggang motosikal hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Paparan video menarik itu tular merujuk kepada satu perkongsian video di muat naik di Twitter @jack_immortal97 hampir seminggu lalu mendapat tontonan lebih 157,000 orang, dikongsi sebanyak 6,747 serta 9,314 lagi menyukainya.

Pada hantaran sama, @jack_immortal97 menciap statusnya "Ni memang rare guys".


Rata-rata netizen yang membalas ciapan itu  menyifatkan lelaki itu amat menyayangi haiwan peliharaannya itu kerana dianggap seperti rakan karib dan sering dilihat bersiar-siar bersama haiwan peliharan itu di bandar Ipoh.

Seorang wanita,@faxxo dengan perasaan gembira berkata, beliau sering terserempak dengan 'uncle' itu ketika beliau bersiar-bersiar bersama binatang peliharannya.

Bagi @ridzuannoorman, beliau juga pernah beberapa kali terserempak dengan lelaki berusia itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan menyangka iguana itu adalah 'beg sandang' yang dipakai lelaki terbabit.

Sementara itu @Azlan Kamdzi dengan nada terkejut menyatakan beliau kali pertama melihat dan berhadapan dengan suasana itu.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh seperti @FirdausAfellay menyatakan kalau perkara itu berlaku di sebelahnya ketika  lampu isyarat merah sudah pasti beliau akan melompat dan meninggalkan motosikalnya.

Terdapat juga yang berkongsi maklumat berkenaan haiwan peliharan itu dengan menciap  @delaila110,mengatakan  haiwan itu mudah dipelihara dan sumber makanan juga mudah didapati namun jika lari, ia sukar untuk dikejar.

"Iguana ni kalau bela senang je. Makan senang. 'Stay' tak gerak gerak. Sekali bila dia lari. Adui, tak cukup tanah nak kejar," katanya.

Iguana adalah sejenis biawak yang banyak  hidup di kawasan tropika Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan Caribbean.

Terdapat kira-kira  48 spesies iguana dengan pelbagai warna  yang habitatnya  dilindungi bagi mengelak dari pupus.

Mengikuti Prinsip Pengurusan Kebajikan Hidupan Liar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pemeliharaan hidupan liar perlu mempunyai semua permit/lesen yang diperlukan bagi menyimpan hidupan liar seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Hidupan liar yang dipelihara  hendaklah dipastikan bebas daripada penyakit, parasit, kecederaan dan dalam keadaan sihat serta menunjukkan tabiat semula jadi.

 Pemilik hidupan liar itu dilarang dari menjual, menderma, mengambil atau melepaskan ke persekitaran hidupan liar yang menunjukkan simptom atau disyaki mempunyai jangkitan, penyakit, parasit, kecederaan atau tidak normal dan tidak dikehendaki lagi.

5
8
0
0
0
You will be interested

KERANA MORTAR BOARD, GRADUAN JADI 'FAMOUS'

Bagi seorang graduan UKM, Lee Hui Fen, satu kejadian yang tidak disangka telah berlaku kepada dirinya sewaktu Majlis Konvoksyen UKM Ke-47

Samadi Ahmad in Menarik 4 years ago

MENGENALI PUTERA TAMPAN, TINGGI LAMPAI

Ketampanan dan sikap merendah diri Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah buatkan baginda amat disenangi rakyat
Rashid Rahman in Menarik 4 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 4 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 4 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 4 years ago