Kampus & Pendidikan 12 Dec, 2021

MOU UMK dengan 2 universiti di China! Yunnan Agricultural University, Yunnan Arts University!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


Oleh: Unit Komunikasi Korporat UMK


UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK)  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua buah universiti terkemuka di China iaitu iaitu Yunnan Agricultural University (Universiti Pertanian Yunnan) dan Yunnan Arts University (Universiti Seni Yunnan). 

MoU berkenaan diadakan secara maya dan berlangsung di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok pada 9 Disember 2021 lalu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UMK



Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad (dua dari kiri) mewakili UMK.


Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK  bagi mewakili UMK.

Manakala, Yunnan Agricultural Universiti diwakili Presidennya Prof Li Yonghe dan Timbalan Presiden Yunnan Arts University Prof Quyang Junhu.

Turut hadir, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan  (FTKW), Dr Hanisa Hassan; Dekan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar; dan Penasihat Undang-Undang UMK, Nurhayati Ismail.

MoU berkenaan  diadakan sempena Program The 2nd China (Yunnan) - Malaysia Higher Education Dialog (Dialog Pengajian Tinggi China (Yunnan) - Malaysia yang Kedua) yang berlangsung di Beijing, China.

Pihak Yunnan Agricultural University telah melantik UMK melalui Pusat Antarabangsa UMK (UMKI) sebagai penganjur bersama penganjuran tersebut. - KitaReporters


h

Yunnan Agricultural Universiti diwakili Presidennya Prof Li Yonghe dan Timbalan Presiden Yunnan Arts University Prof Quyang Junhu. 


16
10
0
12
0
You will be interested