Kampus & Pendidikan 05 Dec, 2022

Think Safety, Act Safety! USIM didik kesedaran mengenai keselamatan! Di makmal sains sekolah rendah!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


SERAMAI 48 orang pelajar prasiswazah Tahun Satu Program Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menjayakan projek SULAM bertemakan “Think Safety, Act Safety” dengan melibatkan hampir 400 orang murid-murid darjah enam dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Nilai.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin dan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, menyertai program ini.

Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang isu-isu keselamatan di makmal sains sekali gus dapat memupuk minat murid-murid sekolah rendah untuk menerokai bidang sains. 

Mereka telah didedahkan dengan pelbagai jenis peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang digunakan di dalam makmal sains. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Penyelaras projek SULAM juga pensyarah kanan Program Fizik Gunaan, Dr. Wan Maisarah Mukhtar berpendapat bahawa aktiviti ini merupakan satu platform terbaik bagi para pelajar prasiswazah Program Fizik Gunaan berkongsi ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah untuk disumbang kepada komuniti setempat. 

Selain itu, program ini dilihat mampu melahirkan modal insan yang beretika, kreatif dan profesional di samping meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

“Selain itu, demonstrasi teknik pemakaian PPE yang betul turut dikongsikan selain mereka juga turut diperkenal dengan jenis-jenis simbol keselamatan yang digunakan di dalam makmal. 

"Lebih menarik lagi, pelbagai jenis permainan berkonsepkan pendidikan (educational games) diadakan untuk memastikan penglibatan aktif murid-murid sekolah sepanjang program itu berlangsung. Bagi menceriakan bilik sains di sekolah-sekolah yang terlibat, pihak penganjur program turut memberi sumbangan papan tanda simbol keselamatan  kepada pihak sekolah,” ujar Dr. Wan Maisarah. 



Sementara itu, Fauziah Idris, Ketua Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Semarak turut menyatakan harapan agar program seperti ini akan diteruskan lebih kerap kerana ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah rendah dan mampu memberi kesedaran tentang keselamatan di makmal sains. - KitaReporters/USIM


12
7
0
12
0
You will be interested