Masyarakat 07 Nov, 2019

CUEPACSCARE- BERUNTUNGNYA PENJAWAT AWAM

@mohd hafizi
Bekas wartawan akhbar Melayu, pengalaman tidak seberapa tetapi gemar menulis. Artikel gaya hidup dan dan pendidikan kepada masyarakat menjadi keutamaan.

2

Share this
MUTAKHIR ini kos perubatan mengalami peningkatan yang sangat ketara. Caj hospital yang dikenakan oleh hospital swasta begitu tinggi hingga menyebabkan tidak semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.


Hanya mereka yang memiliki kad perubatan daripada syarikat insurans atau berpendapatan tinggi sahaja yang berpeluang mendapatkan rawatan pantas di hospital pakar swasta. Tetapi tidak semua mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perlindungan insurans disebabkan komitmen kewangan.

Di hospital kerajaan pula walaupun bayaran yang dikenakan adalah minima atau percuma, jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan proses untuk menerima rawatan atau temu janji dengan doktor pakar mengambil masa terlalu lama.

Bagaimanapun inisiatif CUEPACS iaitu kesatuan yang mewakili penjawat awam di Malaysia memperkenalkan Program Takaful CuepacsCare boleh diberi pujian kerana menawarkan alternatif kepada kakitangan kerajaan untuk memiliki 'medical card' pada kadar mampu milik. Boleh juga dapat rawatan pantas di hospital pakar swasta jika memerlukan.

Bagi yang belum tahu, medical card CuepacsCare ini memberi perlindungan kepada penjawat awam sekiranya mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta disebabkan kemalangan atau penyakit. Senang cerita tunjuk saja kad CuepacsCare tak perlu bayar jika penyakit itu dilindungi oleh polisi.


Bayaran bulanan CuepacsCare ini pula adalah mampu milik iaitu RM40 sebulan untuk pelan individu manakala RM106 sebulan untuk pelan keluarga tanpa had bilangan anak. Kalau medical card komersial bayaran sebulan lebih kurang RM400 lebih untuk satu keluarga.

Jumlah perlindungan untuk pelan individu ialah RM40,000 setahun manakala RM60,000 setahun untuk pelan keluarga. Kira okey sangat la tu. CuepacsCare telah dilaksanakan sejak tahun 1999, tahun ini sudah masuk 20 tahun rupanya. Jumlah tuntutan yang dibayar lebih RM280 juta melibatkan bilangan pesakit kira-kira 88,000 orang.


Rugi kalau penjawat awam tak ambil peluang ini. Jika ia dibuka kepada orang awam atau pekerja di sektor swasta, sudah pasti berebut punyalah. Kalau hendak tahu lebih lanjut lagi boleh layari www.cuepacscare.my atau pergi saja laman Facebook MyCuepacscare.

You will be interested

"BUKAN SEMUA SALAHKU," KATA ORANG KETIGA...

Kongsi minda, bersih jiwa. Sebenarnya orang ketiga hadir di dalam kehidupan setiap pasangan karena kesalahan pasangan itu sendiri.

Normala Hamzah in Masyarakat 1 week ago

MOH BANTU BAWA ANAK SYURGA BUAT UMRAH

Mengumpul derma bagi mengisi tabung membiayai enam anak istimewanya menyertai Kembara Umrah Anak Syurga pada Disember
Kartini Mohd Noor in Masyarakat 4 days ago

PELAJAR BERMASALAH DAPAT 'HADIAH'? APA HAL?

Pelajar-pelajar bermasalah disiplin dibawa mengikuti 'lawatan sambil belajar' ke sebuah ibu pejabat operasi syarikat penerbangan tambang murah
Sahbulah Mohamad in Masyarakat 5 days ago

ANAK DIPOTONG KAKI, SUAMI BERGAJI HARI..

Mohamad Afif Ilyas Mohd. Khaidir terpaksa melalui ujian besar dalam kehidupan apabila kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kanser tulang
Abdul Rashid Abdul Rahman in Masyarakat 1 week ago

WANITA NYARIS MAUT, LEKA MAIN TELEFON!!

Menyangka kereta api di ruang tempat dia menunggu telah tiba menyebabkan dia mula berjalan. Tindakan tersebut menyebabkan dia terus terjunam jatuh ke atas landasan
Zuhayati Yazid in Masyarakat 1 week ago
v