Masyarakat 02 Nov, 2019

DAHLAH CURI DUIT, GI KENCING TABUNG MASJID

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

5

Share this
ADUHAI.. Bukan sahaja mencuri duit tabung masjid dengan cara 'memancing' serta melarikan tabung masjid, malah bertindak melampau dengan kencing di dalam tabung masjid berkenaan.


Begitulah tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menimbulkan keresahan kariah Masjid al-Falah di Perkampungan Sungai Isap 2 dekat Kuantan, Pahang yang terus berlarutan.

Susulan itu jemaah Masjid al-Falah yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Jembara mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bermula Sabtu lalu (27/10/2019) bagi menangkap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Wakil kariah masjid, Abdul Rahim Othman berkata, pihaknya terpaksa mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bagi membanteras kegiatan mencuri duit itu yang semakin menjadi-jadi.


"Sejak akhir-akhir ini kegiatan mencuri duit tabung masjid semakin menjadi-jadi apabila hampir tiap-tiap malam duit dicuri dan pada bulan lalu, tabung besi yang dikimpal pada tiang pintu utama pun dilarikan.

"Mereka juga bertindak mematahkan kamera litar tertutup dan lebih menyedihkan mereka turut kencing di dalam tabung masjid yang tidak mempunyai duit," katanya ketika ditemui baru-baru ini.  

Menurut Abdul Rahim, susulan itu pihaknya telah berjaya mengesan tiga remaja memasuki masjid berkenaan pada pukul 12.55 tengah malam Rabu (30/10/2019) sebelum penduduk mengepung masjid berkenaan.

Katanya, dua remaja berusia 17 tahun telah berjaya ditangkap, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

"Kedua-dua remaja berkenaan telah diserahkan kepada dua anggota polis untuk siasatan dan tindakan pihak polis berlandaskan kepada undang-undang negara," ujarnya.


You will be interested

WANITA NYARIS MAUT, LEKA MAIN TELEFON!!

Menyangka kereta api di ruang tempat dia menunggu telah tiba menyebabkan dia mula berjalan. Tindakan tersebut menyebabkan dia terus terjunam jatuh ke atas landasan

Zuhayati Yazid in Masyarakat 1 week ago

KENALI MAT REMPIT PRIHATIN, PENYAYANG

Sumbang derma wang tunai berjumlah RM25,140 bagi meringankan kesusahan seorang bapa, Mohd Zain Abdullah, 58, yang banyak berkorban menjaga tiga anaknya yang lumpuh
Kartini Mohd Noor in Masyarakat 23 hours ago

CUEPACSCARE- BERUNTUNGNYA PENJAWAT AWAM

Program Takaful CuepacsCare menawarkan alternatif kepada kakitangan kerajaan untuk memiliki 'medical card' pada kadar mampu milik.
Mohd Hafizi in Masyarakat 4 days ago

MOH BANTU BAWA ANAK SYURGA BUAT UMRAH

Mengumpul derma bagi mengisi tabung membiayai enam anak istimewanya menyertai Kembara Umrah Anak Syurga pada Disember
Kartini Mohd Noor in Masyarakat 5 days ago

PELAJAR BERMASALAH DAPAT 'HADIAH'? APA HAL?

Pelajar-pelajar bermasalah disiplin dibawa mengikuti 'lawatan sambil belajar' ke sebuah ibu pejabat operasi syarikat penerbangan tambang murah
Sahbulah Mohamad in Masyarakat 5 days ago
v