Kesihatan 21 Sep, 2019

ETIQA PERKENAL INSURANS UNTUK PENYAKIT 'MENTAL'

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
TAHUKAH anda, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, menunjukkan bahawa 27% daripada populasi masyarakat menderita penyakit mental. 
 Wow! Masalah besar tu!

Dari kiri:  Ahmad Rizlan Azman, Ketua Pegawai Operasi Etiqa; Rozima Yahya, Pengarah Modal Insan Etiqa; Chris Eng, Ketua Pegawai Strategi Etiqa; Hannah Yeoh; Shahrul Azuan Mohamed; Norhayati Nordin; Diana Danielle; dan Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Ketua Pegawai Bancassurance Etiqa pada majlis pelancaran IL CI Plus yang berlangsung di Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur 20 September.


Malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit mental mengundang pelbagai kesan kerana ia adalah kecacatan yang merupakan faktor risiko penting untuk penyakit-penyakit lain, serta mendatangkan kecederaan yang tidak disengajakan atau disengajakan sekali pun.

Mengiktiraf akan kebimbangan mengenai penyakit mental yang semakin meningkat di Malaysia, syarikat insurans terkemuka, Etiqa, merangka satu pelan yang dinamakan ‘rider penyakit kritikal’ bagi  melindungi empat jenis penyakit mental meliputi:


1. Gangguan Bipolar Afektik,

2. Gangguan Kemurungan Utama,

3. Skizofrenia, atau

4. Gangguan skizoafektif


Majlis pelancaran perlindungan penyakit mental IL CI (Investment-Linked Critical Illness) Plus Etiqa yang pertama di Malaysia itu  telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh pada 20 September di Tower C, Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur.

“Saya ingin berterima kasih kepada Etiqa, kerana menjadi syarikat insurans Malaysia yang terulung dalam mengatasi trend industri dengan mengiktiraf penyakit mental sebagai penyakit yang boleh dilindungi dengan insurans.  Rawatan untuk penyakit mental adalah mahal, kerana ia bukanlah sebuah penyakit yang mudah sembuh. 

"Dengan perlindungan insurans, beban tersebut dapat dikurangkan.  Pihak kementerian berharap melalui langkah yang diambil oleh Etiqa untuk menyediakan perlindungan bagi penyakit mental ini, lebih banyak syarikat insurans di negara ini akan turut mengikut jejak langkah mereka,’ ujar Hannah Yeoh dalam ucapan perasmiannya.

Kelayakan untuk mendapatkan perlindungan adalah sangat mudah. Selagi pelanggan tersebut diterima oleh Etiqa, mereka layak untuk dilindungi, tertakluk kepada proses 'underwriting'  biasa. 

Jenis-jenis perlindungan adalah antara RM1,500 sehingga RM30,000 maksimum bergantung kepada jumlah keseluruhan rider yang dipilih.  

Apa yang menguntungkan pemegang polisi adalah Etiqa tidak menentukan bagaimana jumlah ini bakal digunakan, oleh itu pemegang polisi boleh menggunakannya untuk yuran perundingan, ubat-ubatan, atau kemasukan ke hospital, mengikut kesesuaian masing-masing.

Rider ini boleh ditambah kepada pelan insurans asas iaitu SecureLink, sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan, dan melindungi 68 jenis penyakit kritikal lain, termasuk penyakit mental.

"Penyakit mental merupakan satu subjek yang sukar untuk diabaikan, memandangkan peningkatan statistik dalam bilangan kaum lelaki dan wanita di negara ini yang mengalami masalah mental.  

"Kami berbangga untuk menjadi syarikat insurans pertama di negara ini untuk melancarkan rider insurans sifat ini. 

“IL CI Plus adalah unik di pasaran kerana ia bukan sahaja memberikan jumlah wang perlindungan yang tinggi malah pemegang polisi boleh menentukan sendiri bagaimana mereka mahu  menggunakan pembayaran tersebut agar  bersesuaian mengikut keperluan perubatan mereka," kata Shahrul Azuan, Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad. 

"Di Etiqa, kami percaya dengan falsafah untuk menginsankan insurans dan takaful.  Kami berhasrat membantu, dan menunaikan janji-janji yang dibuat, dan apakah cara yang lebih baik untuk membuktikannya dengan merangka produk insurans yang melindungi kesejahteraan keseluruhan seseorang secara holistik," tambahnya.

Diana Danielle turut berkongsi diserang 'anxiety'.

Sebelum majlis perasmian bermula, tetamu yang hadir berkesempatan mengikuti sesi forum mini bertajuk 'Breaking the Silence on Mental Illness' menampilkan pelakon Datin Diana Danielle; Dr. Norhayati Nordin, Pengarah Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak;  dan Shahrul Azuan Mohamed sebagai panel.

Selain penerangan mengenai definisi penyakit mental yang tergolong dalam beberapa kategori oleh Dr. Norhayati, sesi yang diacarakan oleh pelakon dan selebriti tv, Daphne Iking selaku moderator turut mendengar suara hati Diana Danielle yang pernah mengalami sakit anxiety  (kebimbangan melampau) baru-baru ini.

“Ini merupakan kali kedua saya diserang penyakit anxiety cuma kali ini lebih teruk sehingga sukar bernafas malah ubat yang pernah saya ambi dahulu pun tidak dapat membantu. 

"Dan sebenarnya doktor pun tidak mampu membantu kecuali kita sendiri yang harus tahu bagaimana untuk menanganinya,” cerita Diana.

Ketika ditemui, Diana memberitahu, cara paling mudah atasi anxiety disebabkan stres adalah tidur yang cukup serta pemakanan yang sihat dan seimbang.

“Kita perlu tahu kemampuan diri kita sendiri untuk mengelak diserang anxiety,” ujar Diana yang kini menetapkan waktu tidurnya kira-kira pukul 10 malam dan bangun waktu subuh.

Mini forum yang dibarisi panel dari kiri: Shahrul Azuan, Diana Danielle dan Dr. Norhayati Nordin serta Daphne Iking sebagai moderator.

0
0
0
0
0
You will be interested

TEKNOLOGI, HARAPAN BAHARU BAGI PESAKIT STROK, URAT SARAF

Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd menyediakan kemudahan bioteknologi terkini termasuk penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI), untuk mempercepatkan pemulihan pesakit.

Azmah Dahari in Kesihatan 4 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 4 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 4 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 4 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 4 years ago