Insan & Komuniti 18 Dec, 2022

Farah buat umrah! 3 tahun gagal bercinta! Hari-hari tunggu masuk meminang! Tapi kekasih pilih lain!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

FARAH menunaikan umrah di Tanah Suci selepas gagal bercinta. - Kredit foto: TikTok @frhnjwaaaaa


TIDAK sedikit janji-janji manis yang dimenterai tanpa disaksikan bulan serta bintang tetapi akhirnya sang kekasih berpaling tadah dan tergamak pula si lelaki mengkhianati cinta suci seorang wanita. 

Wanita terbabit diketahui bernama Farah dipercayai berasal dari sebuah negeri di Malaysia telah memuat naik kisah percintaannya yang tidak kesampaian melalui akaun TikTok @frhnjwaaaaa.


Lagi cerita-cerita 



Wanita malang itu mengatakan bahawa hubungan cinta dengan kekasihnya selama tiga tahun ternyata menjadi sia-sia setelah lelaki yang disayangi membawa pulang wanita lain untuk memperkenal calon isterinya kepada ibu lelaki itu.  

``Hampir tiga tahun kami bercinta, siang dan malam saya tidak putus-putus berdoa supaya dia (lelaki) berkahwin dengan saya dan dia lah calon suami saya tetapi tidak sangka pula dalam diam dia membawa pulang wanita lain bertemu ibunya,’’ tulisnya dalam Tik Tok @frhnjwaaaaa, lapor portal Wolipop pada 14 Disember 2022 lalu.



Akibat perbuatan bekas kekasihnya yang sanggup mempermain dirinya selama tiga tahun itu menyebabkan Farah membuat keputusan untuk menunaikan umrah baru-baru ini, antara lain untuk merawat hati yang terluka itu di Tanah Suci. 

Farah ingin menyembuh hati yang terluka akibat permainan lelaki itu dan ketika ini dia langsung tidak memikirkan soal cinta dan kasih sayang lagi dengan sesiapa pun.



‘’Cukuplah hanya sekali saya menerima seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa hadir lagi dalam hidup saya kerana saya mengharapkan dialah calon suami saya tetapi wanita lain pula yang menjadi pilihannya.

‘’Pintu hatiku tertutup rapat pada lelaki ketika ini supaya saya dapat mendekati dengan Mu Ya Allah. Sembuhkan lah luka saya ini agar tidak menjadi parah dalam hidup saya,’’ kata Farah.


DI hadapan Kaabah Farah memohon kedamaian daripada Allah. - Kredit foto: TikTok @frhnjwaaaaa


Namun demikian, sungguh pun hatinya terluka dan dilukai,  wanita itu tetap reda malah dengan hati yang ikhlas menerima ketentuan daripada Allah. 

``Self healing pergi umrah, Alhamdulillah,’’ ucap Farah yang kecewa itu sambil memperlihat dalam videonya perjalanannya menuju ke pesawat dan selamat sampai di Mekah. 


BAYANGKAN sesiapa sahaja pasti hidup merana apabila cinta serta kasih sayang yang dipupuk selama tiga tahun tidak kesampaian. - kredit foto : Tik Tok @ frhnjwaaaaa


Sementara itu, video Farah dalam akaun TikToknya itu sudah ditonton lebih 1.3 juta pembaca dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen.

‘’Semoga bertemu jodoh yang lebih baik,’’ kata pengguna Tik Tok @FizaMdzin.

‘’Kisah kita sama sis, semoga diberikan yang terbaik tetap bersemangat,’’ ujar akaun @Shasa-89.

‘’Insya Allah bertemu yang lebih baik nanti. Aamin,’’ doa akaun @Mahizan Mauluddin.

‘’Semoga Allah berikan penganti yang lebih baik darinya… aamin Ya Mujib,’’ balas akaun @Penglipur Lara. - KitaReporters



Kredit foto : TikTok @frhnjwaaaaa

9
14
0
10
0
You will be interested