Insan & Komuniti 09 Oct, 2022

Cinta tak kenal usia! Jarak usia 46 tahun! Nenek 83 tahun kahwin pemuda, 37! Usia bukan penghalang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


PERCINTAAN tidak hanya untuk orang muda, malah yang sudah berusia juga layak melalui fasa berkenaan.

Hal itu membuktikan cinta ini tidak mengenal usia dan masa, asalkan kedua-dua saling menghargai.

Kisah sama berlaku kepada seorang nenek berusia 83 tahun dari Weston-Super-Mare, Somerset yang sudi menerima anak muda berusia 37 tahun sebagai suaminya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan alam perkahwinan


Meskipun perbezaan umur sebanyak 43 tahun, namun ia bukanlah menjadi penghalang buat Iris Jones dan pasangannya, Mohamed Ahmed Ibriham untuk mengecapi kebahagiaan.

Memetik The Sun, pasangan itu berkenalan menerusi Facebook kira-kira tiga tahun lalu.

Sejak daripada perkenalan itu, mereka saling mencintai sebelum membuat bersetuju untuk berkahwin pada tahun 2020.

Bagaimanapun hubungan mereka terpisah berikutan pandemik COVID-19 menyebabkan Ibriham yang berasal dari Kaherah tidak dapat berjumpa dengan isterinya yang menetap di England.

Walaupun terpaksa berjauhan namun hubungan tetap utuh dan hanya berkomunikasi melalui telefon.



Bercerita dengan lebih lanjut menerusi program televisyen This Morning, Iris memberitahu bahawa dia sangat menyenangi dengan sikap peribadi Mohamed yang sangat memahami dan menyayangi dirinya.  

Malah dia sendiri 'terbang' menemui Mohamed di Kaherah sebelum bersedia untuk disatukan.

Bukan itu sahaja, Iris mendakwa usia Mohamed yang jauh lebih muda daripadanya secara tidak langsung membuatkan dirinya turut berasa seperti ‘orang muda’.

Kebahagian yang dilalui pasangan itu membuat ramai yang ‘berbulu’ sehingga ada yang mendakwa perkahwinan lelaki muda itu hanya disebabkan  wang. 

Sebaliknya Iris menegaskan bahawa mereka berdua saling mencintai antara satu sama lain dan hubungan itu bukan disebabkan harta serta wang ringgit.

Inilah dikatakan jodoh, rahsia Dia yang kita tak boleh nak ramal dengan siapa atau bila ia akan tiba. - KitaReporters


16
9
0
12
0
You will be interested