Insan & Komuniti 14 Jan, 2023

Video| Astaga! Dah jadi kacau bilau! Wanita nyanyi, nari dangdut pada majlis agama? Libatkan tarekat?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Seorang penyanyi wanita menyanyi dan menari dangdut dalam ceramah agama. - Kredit foto: Medan Tribune

KINI tular di Indonesia video seorang penyanyi wanita menyanyi dan menari dangdut jenis koplo dalam satu majlis ceramah agama (tausiyah) dan menimbulkan reaksi yang kurang senang daripada netizen.

Sejumlah media sosial memuatkan klip video  itu. Antaranya Instagram @kabarnegri yang memuat naik pada 11 Januari 2023 dan Tiktok @gunawankaoi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu dangdut


Ia dipercayai berlaku di sebuah surau atau masjid melihat keadaan lokasinya.

Bagaimanapun berdasarkan kandungan Instagram ini, peristiwa itu dipercayai berlaku di satu daerah di pulau Jawa.

Namun pemilik akaun tidak menyatakan tempat dan bila ia berlangsung.

Kelihatan wanita itu memakai pakaian berwarna hitam dan lengkap dengan tudung memegang pembesar suara sambil menyanyi lagu irama dangdut tidak jauh daripada seorang ustaz yang bakal menyampaikan ceramah. 

Kelihatan di hadapannya adalah kaum lelaki yang memakai songkok. Penyanyi itu turut mengajak hadirin menyanyi dan ada yang mengikutnya.



Terdapat netizen yang kurang senang apabila sebuah majlis keagamaan dicemari dengan nyanyian yang dilaku oleh wanita dalam dalam majlis agama dihadiri cuma kaum lelaki.

"Dunia sekarang sedang kacau-sekacaunya." "Tanda-tanda akhir zaman sudah semakin dekat." "Pokok pangkalnya ia bukan ajaran Nabi Muhammad." Demikian antara komen netizen.

Ada yang mengesyaki ceramah agama itu dianjur oleh satu tarekat yang tidak diiktiraf oleh Majlis Ulamak Indonesia (MUI). - KitaReporters


Pengunjung majlis ceramah agama turut terhibur. Kredt foto: tiktok@gunawankaoi

8
9
0
19
0
You will be interested